Minyak kelapa adalah “minyak paling sihat di bumi”. Hebat pernayataan itu!. Apakah yang membuat minyak kelapa begitu hebat? Apa yang membezakannya dengan minyak lain terutama minyak tepu?
Perbezaannya ialah pada molekul lemak. Semua lemak dan minyak terdiri dari molekul asid lemak. Ada dua cara mengklasifikasikan asid lemak. Pertama ialah ketepuan; ada lemak tepu, lemak mono-taktepu dan lemak poli-taktepu.
Sistem klasifikasi kedua ialah berdasarkan pada saiz molekul atau panjang rantaian karbon didalam setiap asid lemak. Lemak asid terdiri dari rantain panjang atom karbon dengan atom hidrogen yang melekat padanya. Dalam sistem ini ada asid lemak rantaian-pendek (SCFA), asid lemak rantaian sederhana (MCFA), dan asid lemak rantaian panjang (LCFA). Kandungan minyak kelapa sebahgian besar adalah asid lemak rantaian sederhana (MCFA), juga dikenalii sebagai triglesirid rantaian-sederhana (MCT).
Saiz asid lemak sangat penting kerana badan kita bertindak dan metabolisa setiap asid berlainan bergantung kepada saiz. Oleh itu kesan fisiologi MCFA dalam minyak kelapa adalah sangat berbeza dari LCFA yang terdapat dalam kebanyakan makanan kita. Minyak tepu dalam minyak kelapa adalah asid lemak rantaian-sederhana. Lemak yang didapati dalam lemak tepu dan tak tepu yang terdapat dalam daging, susu, telur dan sayuran (temasuk minyak sayur) adalah LCFA.
Asid lemak rantain sederhana (MCFA) dalam kelapa mudah diserap dan bertindak menghadam dan memelihara badan. Tidak serupa dengan minyak lain, MCFA tidak membebankan sistem penghadaman dan mengeluarkan sumber tenaga dengan cepat. Sebaliknya, asid lemak rantaian panjang (LCFA) biasanya dihadam dengan enzim penghadaman daripada hati dan mengambil masa yang panjang untuk dipecahmudahkan. Enzim dan tenaga yang sedikit diperlukan oleh penghadaman minyak kelapa. MCFA dalam minyak kelapa dihadam dan diserap dengan cepat, oleh itu kerja yang kurang perlu dilakukan oleh pankreas, hati dan sistem penghadaman. Perkara ini penting untuk mereka-mereka yang mengalami masalah metabolik.
MCFA tidak ada kesan ke atas kolesterol dan membantu kesihatan jantung. MCFA membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan atherosclerosis. MCFA dalam minyak kelapalah yang membuat minyak kelapa banyak menafaat. Sumber MCFA yang terbaik adalah dari minyak kelapa dan minyak kelapa sawit.







