Gemukkan binatang ternakan.
Peladang sentiasa mencari jalan untuk menggemukkan ternakan mereka, lagi besar ternakan mereka lagi besar keuntungan kewangan. Lemak dan minyak digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan ternakan bertujuan menggemukkan mereka untuk dijual di pasar. Lemak tepu merupakan pilihan terbaik untuk menggemukkan ternakan, oleh itu ternakan telah diberi produk kelapa bagi tujuan tersebut, tetapi hasilnya adalah sebaliknya, ternakan telah berkurangan berat.(1)
Peladang juga mendapati kandungan minyak poli-taktepu (polyunsaturated) dalam jagung dan kacang soya cepat menggemukkan ternakan. Binatang yang diberi makanan jagung dan kacang soya mudah dan cepat gemuk. Perkara ini berlaku adalah disebabkan minyak-minyak ini memendamkan fungsi tiroid, mengurangkan kadar metabolisma binatang tersebut. Kacang soya lebih ketara keburukannya kerana ia mengandungani goistrogen (kimia anti-tiroid) (2-3). Binatang ternakan ini boleh makan kurang tetapi bertambah berat ! .
Bayangkan manusia juga begitu. Setiap kali kita makan minyak poli-taktepu, gelenjar tiroid kita diserang dan kebolehan fungsi menurun dari biasa. Penambahan berat badan akan berlaku.
1. Encylcopedia Briticanica Book of the Year, 1946. Cited by Ray Peat, Ray Peat’s Newsletter, 1997 Issue, p.4
2. Shepard, T.H. 1960. Soybean goiter. New Eng J. Med. 262:1099
3. Divi, R.L. et. al., 1997. Anti-thyroid isoflavones from soybean: isolation, characterization, and mechanisms of action. Biochem. Pharmacol. 54(10):108








salam.
ini bermakna tidak elok ke kalau kita gunakan minyak jagung untuk menggoreng
terima kasih
By: zaini on Januari 8, 2009
at 10:33 am
Minyak terbaik untuk menggoreng ialah yang stabil yang cukup rangkain hydrogen (tepu) seperti minyak kelapa. Semua minyak poly-taktepu (tak cukup banyak rangkain hydrogen) tidak sesuai digunakan untuk goreng kerana ia tidak stabil apabila dipanaskan.
Gunalah minyak kelapa atau minyak kelapa sawit untuk menggoreng, ia lebih sihat
By: penawaralami on Januari 9, 2009
at 10:34 pm