Semasa hamil, nutrisi penting untuk mendapatkan nutrien yang bertepatan. Nutrien yang kekurangan atau berlebihan boleh mengakibatkan komplikasi kehamilan untuk ibu. Asid lemak Omega-3 (DHA dan EPA) dari minyak ikan sangat penting semasa hamil, bukan sahaja pembentukan janin tetapi juga untuk ibunya. EPA dan DHA sangat penting untuk penumbuhan dan pembentukan optima otak dan sistem saraf bayi. Asid lemak ini merupakan kandungan 70% otak, retina dan sistem saraf bayi. Kekurangan asid lemak ini membawa risiko kelahiran tak cukup bulan dan bayi tak cukup berat.
Pembentukan otak dan mata dengan ketara semasa pembesaran janin dan terus membentuk semasa bayi membesar. Dan satu-satunya cara untuk janin dapatkan EPA dan DHA ialah daripada ibunya. Kuantiti yang dihantar ke otak bayi dan sistem sarafnya pada peringkat ketiga akhir mengandung bergantung sepenuhnya kepada berapa banyak ibu memakan minyak ikan berkualiti dalam diet hariannya.
Para saintis percaya keperluan pemakanan EPA dan DHA yang mencukupi diperlukan sebelum hamil. Wanita memerlukan omega-3 untuk mengeluarkan benih sihat dan lelaki pula memerlukan untuk penghasilan, tenaga dan mobiliti sperma. (Bayangkanlah betapa kuat-nya ikan salmon terpaksa berenang melawan arus deras untuk bertelur).
Minyak ikan Omega-3 dengan imbangan nisbah EPA dan DHA sangat diperlukan untuk bayi agar sihat dan cerdik. EPA dan DHA dalam beberapa ikan memainkan peranan penting pada pembentukan janin sehingga para saintis mengesyorkan ibu mengandung memakan ikan seperti salmon. Di Malaysia ini kita boleh dapatkannya daripada supplemen Omega-3 dari salmon dan yang telah nyak toksin. Dan juga pastikan supplemen itu ada tanda halal bagi yang Muslim.









bayi saya Aqilla (9bln) boleh ga dikasih minyak ikan setiap hari. saya kasih prolacta for baby.
By: retno on Mac 17, 2008
at 1:38 pm
mengapa anda beri anak anda prolacta ?
dia ada apa-apa masalah kesihatan ke ?
By: penawaralami on Mac 19, 2008
at 8:23 pm
Usia bayi saya 10 bulan dan dia semakin kurang menyusu. Saya memberinya Biolac. Berapa keperluan DHA yg diperlukan untuk bayi dan macammana nak buat supaya bayi saya mau minum susu? dia biasanya minum time early morning ngan malam. in between (waktu siang) memang dia tak mahu…kadang2 jer menyusu.
By: uMMi Ija on September 19, 2008
at 11:17 am
Biolac ialah susu untuk kanak-kanak umur satu tahun ke atas, tidak sesuai untuk anak puan yang berusia 10 bulan.
Susu yang paling sesuai untuk manusia ialah susu ibunya. Hendaklah diberi susu ibu sehingga umur 2 tahun. Jika puan kekurangan susu, boleh meningkatkan pengeluarannya dengan puan makan habatus sauda, boleh dibeli di http://runcitonline.com/bioasli
Susu yang dipasteur tidak sesuai untuk diminum kerana proses pasteur telah membunuh semua bakteria termasuk bakteria (useful and friendly ) yang membantu penghadaman dsbnya.
Zat atau nutrien yang ada dalam susu biolac boleh didapati dalam buahan, bijian dan sayuran. Kalsium dari sayuran lebih mudah diserap jika dibandingkan dengan kalsium dari susu. Oleh itu latihlah anak puan makan sayuran dan buahan serta bijian seperti badam dan gajus (semuanya makan mentah). Cara latihan ialah dengan menghancur lumat (sayur, buah atau bijian) kemudian beri dia rasa. Kalau dia suka beri dia makan, Jika dia tak suka, esok lusa beri dia rasa lagi sampailah dia boleh terima dan makan sayuran berkenaan.
Dadih mempunyai bakteria baik dan mempunyai zat yang sama dengan susu. Oleh itu disyorkan juga melatih anak puan makan dadih, iaitu dadih tanpa gula.
By: penawaralami on September 20, 2008
at 8:18 am