Bagi mereka yang mempunyai sejarah sakit jantung dalam ahli keluarga , pengurangan risiko adalah satu cabaran. Menjga makanan, mengurangkan berat badan, senaman dan pengurusan stress kesemuanya mengambil masa dan fokus untuk menjadikan ia sebagai rutin harian.
Walaupun tidak ada pil ajaib yang menjamin kesihatan jantung, ada beberapa opsyen yang boleh diyakini. Koenzyme Q10 (CoQ10) adalah antioxiden yang berpotensi tinggi yang dikaitkan dengan fungsi kardiak normal (normal cardiac functioning). ramai pakar kardiologi mengesyorkan CoQ10 sebagai pemakanan tambahan terutamanya kepada mereka yang mengambil dadah statin (yang mengurangkan kolesterol, tetapi menurunkan fungsi pengeluaran CoQ10). Ia juga telah mempunyai kebaikan kepada sesiapa sahaja yang menghadapi risiko penyakit jantung.
CoQ10 adalah larut minyak, oleh itu jika anda mengambil suplemen CoQ10 pastikan anda makan besamanya minyak seperti minyak kelapa dara atau minyak ikan.
Teknologi terkini telah mendapati CoQ10 juga dapat terhasil dari bahan larut air, oleh itu bolehlah anda terus mengambil suplemen tersebut dengan meminum air sahaja.







