Posted by: penawaralami | September 15, 2007

Minyak Kelapa kurangkan Berat Badan

Minyak kelapa dara mempunyai banyak manfaat kesihatan daripada asid lemak rantaian-sederhana, atau triglicerid (MCT-medium chain triglycerides). Kebanyakan minyak makan lain di pasaran adalah dari asid lemak rantaian-panjang. MCT mempunyai banyak manfaat kesihatan, termasuk menaikkan metabolisma badan, dan melawan patogen seperti virus, bakteria, kulat dan banyak lagi.

coconut treeMinyak kelapa adalah sumber alami terkaya MCT selain susu ibu. Minyak kelapa dara adalah minyak stabil dan tidak terioksida atau pecah leraian (break down) dengan cepat seperti yang berlaku pada minyak masak lain. Ia juga mempunyai hayat simpan melebihi dua tahun.

Sekarang kita sudah ketahui bahawa diet rendah-lemah tidak berjaya mengurangkan berat badan. Badan kita perlukan lemak dan tidak memberikan badan keperluan lemak akan menambahkan keinginan makanan lain, seperi karbohidrat terproses, yang menggalakkan kenaikan berat badan. Minyak kelapa yang kaya dengan MCT menaikkan kadar metabolik badan yang membakar lemak dan mengurangkan berat badan. MCT menggalakkan termogenesis.

Termogesis menaikkan metabolisma badan, mengeluarkan tenaga. Fenomena ini telah dibuktikan dalam kajian saintifik. Telah didapati juga beberapa penyakit yang menghalang penurunan berat badan. Salah satu daripadanya ialah fungsi tiroid yang lemah. Dan keuda ialah ramai orang yang mengalami lemah sistem penghadaman. Minyak kelapa menyerlah dalam hal ini, iaitu ia meningkatkan fungsi tiroid dan kesihatan penghadaman.


Leave a response

Your response:

kategori