Sikap menghargai air ternyata sangat bermanfaat untuk menyelamatkan keadaan persekitaran kita. Dalam kajian Dr Masaru, air di Danau Biwa, Jepun mampu membentuk kristal air setelah dilakukan pembacaan doa di danau tersebut yang sebelum ini sudah rosak akibat pencemaran dan banyaknya alga air yang tumbuh di permukaannya.
Perlu diketahui bahawa kristal air tidak akan terbentuk dari sebarangan air, termasuk air yang didakwa sebagai air mineral sekalipun. Kristal air hanya akan terbentuk dari air semulajadi. Air semulajadi yang dimaksudkan oleh Dr Emoto ialah air yang keluar dari tanah, yang berasal dari air hujan dan disaring oleh bumi. Bayangkanlah keadaan Danau Biwa yang sebelumnya dikenali sebagai danau yang sarat dengan kotoran, mampu mengeluarkan kristal air setelah diadakan pembacaan doa. Lihat betapa hebatnya doa memberi kesan sebagaia kata-kata positif dalam mengubah keadaan air.
Justeru itu tidak mustahil banjir gelombang kedua yang melanda selatan tanah air khususnya berpunca dari perasaan dan sikap negatif penduduk sekitarnya terhadap air bah. Apabila penduduk sekitarnya telah insaf, redha menerima ujian, solat hajat, berdoa dan positif terhadap bala bencana yang menimpa, barulah air surut dengan baik. Wallahu’alam.








