Posted by: penawaralami | September 23, 2007

Berakhlaklah Terhadap Air

Air adalah kurniaan terbesar kepada manusia selepas Islam. Jika orang kafir sekalipun dapat membuat kajian saintifik boleh meyakini dan bermoral terhadap air dengan persepsi dan perasaan positif dan berdoa dengan caranya, mengapa tidak kita orang Islam berakhlak dengan akhlak yang terbaik terhadap air?. Teringat saya dengan pesanan seorang ustaz yang hafiz, jika anda sedang membaca Al-Qur’an atau baca doa M-Ma’thurat, letakkan satu jag air di hadapan dan jadikan minuman harian. InsyaAllah seluruh ahli keluarga sentiasa sihat dan tidak diganggu oleh penyakit, jinn dan syaitan”.

Gunakanlah segala peluang yang ada untuk sihat beribadah kepada Allah sepanjang hayat. Biasakan diri dan anak-anak khususnya melakukan perkara yang positif terhadap air semulajadi yang masih kita nikmati sekarang. Jangan sekali-kali membuang sampah di sungai, air terjun, tasik atau telaga yang secara jelasnya merupakan wadah tertampungnya air semula jadi disebabkan oleh perlakuan yang sangat buruk terhadap air. Berjimat cermatlah ketika menggunakan air untuk aktiviti harian kerana sifat boros boleh menyebabkan semakin pupusnya air semulajadi yang tersimpan dlam tanah.

Rumusannya, Sekaranglah ketikanya untuk kita memperbaki perilaku terhadap air. Khususnya terhadap jasad dan akal kita lebih dan 2/3 daripadanya terdiri daripada air. Berbaik sangkalah terhadap air dan bersyukurlah sentiasa tanda berterima kasih kita kepada Allah dengan kasih sayang-Nya kita dihidupkan di bumi yang kaya dengan air sedangkan ada manusia yang sentiasa hidup dalam kegersangan, kemarau dan mati kebuluran akibat kekurangan makanan dan air. Sayangilah air dan hargailah ia dengan perbanyakkan doa. Doa setiap waktu adalah hal yang terbaik yang dapat kita lakukan, kerana 2/3 daripada jasad kita adalah ‘air’. Sesungguhnya ALlah yang Maha berkuasa ke atas air dan kita semua dan mengizinkan yang terbaik hasil perancangan dan kreativiti/ ibda’e kita.


Leave a response

Your response:

kategori