Posted by: penawaralami | Oktober 18, 2007

Flavonoids

Karya Dr. Joseph Mercola dan Racheal Droege yang bertajuk “Want to live longer? Eat more Flavonoids”, menyatakan bahawa flavonoids diperlukan oleh sistem badan kita sebagai:

  • Membantu minda dalam mengingat dan menumpukan perhatian serta digunakan bagi merawat masalah kurang daya tumpuan
  • Melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian anti-oksida.
  • Mengawal nitrit oksida yang mana, dapat mengawal peredaran darah.
  • Menjaga kesihatan jantung dalam tiga cara iaitu mengelakkan pembekuan darah, mengawal pengoksidaan LDL (kolestrol tidak baik) dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Meningkatkan fungsi seksual bagi kaum lelaki
  • Mengurangkan bengkak dan menambah fungsi imunisasi.

Secara asas, flavonoids membantu tubuh di dalam perkara-perkara berikut:

  • Mengurangkan risiko menghidapi barah
    Pengambilan flavonoids membantu merendahkan risiko barah pankreas, barah paru-paru, barah prostat.
  • Mengurangkan risiko angin ahmar dan penyakit jantung
    Flavonoids membantu mengelakkan pembekuan darah dan arteri yang tersumbat.
    Ia juga mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan angin akhmar dan penyakit jantung.
  • Melindungi diri daripada kesan-kesan penuaan
    Penuaan berlaku apabila peningkatan usia, di mana berlaku penurunan tahap keaktifan tubuh.
    Selain daripada itu, penuaan berlaku disebabkan oleh pengumpulan gula di dalam kanta mata.
    Pengambilan flavonoids dengan secukupnya dapat mengatasi masalah penuaan kerana ia mampu memperbaiki perjalanan serta peredaran darah pada otot mata.
  • Mengurangkan radang pada sendi dan otot
    Kandungan flavonoids yang cukup pada badan juga dapat mengurangkan radang pada sendi dan otot yang mana, boleh menyebabkan masalah gaut, fibronyalgia dan rhuematoid arthritis.
  • Mengatasi masalah kepanasan suhu tubuh akibat menopouse
    Flavonoids juga mampu memulihkan semula kekeringan akibat menopouse terutamanya, bagi wanita yang sudah berumur.
  • Melengahkan masalah gejala asma dan selsema
    Flavonoids membantu menguatkan tubuh daripada alahan terhadap debu dan habuk.
    Flavonoids juga mengurangkan masalah radang peparu serta melancarkan sistem pernafasan.
  • Meringankan masalah radang kulit dan gigitan serangga.
    Flavonoids adalah bahan paling bagus untuk melindungi kulit daripada masalah radang kulit dan gigitan serangga.
  • Kandungan flavonoids dalam beberapa herba terpilih:

    Mas Cotek 750
    Daun mengkudu 230
    Kacip Fatimah 200
    Mengkudu 150

    Rujukan : Agro jurnal terbitan RTM1 pada 20 Februari 2005, hari Ahad jam 5 petang


    Lagi maklumat mengenai Flavanoids


    Leave a response

    Your response:

    kategori