Posted by: penawaralami | Oktober 19, 2007

Resepi Penawar kencing manis

Individu yang mengidap type 2 diabetes mellitus menghadapi masalah mengawal paras gula dalam darah mereka sebab sel badan tidak menyerap gula dari saluran darah sebagaimana yang sepatutnya. Akibatnya paras gula tinggi dalam darah, air kencing, dan paras insulin tinggi dalam darah.

Jika tidak dirawat dengan baik, type 2 diabetes boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, peredaran darah, kebas kaki, infeksi bahaya dan disfungsi erektil. Keadaan penyakit ini juga akan membawa kepada sakit jantung, yang meragut nyawa 80% pesakit diabetes. Berita baiknya pula ialah dengan perubahan cara pemakan boleh membantu mengawal paras gula darah dan menghalang kerosakan disebabkan oleh type 2 diabetes.

Pemakan yang disyorkan ialah ;

  • Empat elemen asas dalam kesihatan yang perlu diamalkan setiap hari
    - minumlah air hexagon (juga untuk memasak)
    - trace minerals
    - minyak kelapa dara
    - minyak ikan
  • banyakkan makan sayuran (hijau) dan buahan (berwarna oren, merah dan ungu) organik segar
  • bijian seperti badam
  • kulit kayu manis
  • bawang putih
  • kekacang seperti bali, buckwheat
  • chilli merah
  • wheatgrass seperti alfalfa untuk meningkatkan tenaga

Apabila memasak gunakan :

  • minyak kelapa atau minyak kelapa sawit
  • air hexagon
  • garam sea salt atau mountain salt seperti Celtic Sea salt dan Himalaya mountain salt
  • gunakan minyak zaitun untuk makanan mentah seperti salad untuk menghilangkan rasa pahit sayuran (minyak zaitun tidak sesuai digunakan sebagai minyak masak)
  • beras perang untuk masak nasi
  • gula perang

Elakkan :

  • makanan yang telah diproses, kerana tanpa fiber karbohidrat yang dimakan akan terus menukar jadi glukosa, seperti
    -gula putih
    -beras putih
  • polyunsaturated fats seperti minyak jagung, minyak soya, minyak sayuran lain, minyak canola, (kerana minyak-minyak LCFA ini tidak stabil apabila dipanaskan)
  • trans fats (marjerin)
  • daging merah

Leave a response

Your response:

kategori