Tekanan darah ditakrifkan sebagai tekanan dalam saluran darah apabila darah dipamkan ke seluruh badan. Ada dua nombor yang penting : tekanan sistolik (nombor atas dalam bacaan tekanan darah) , dan tekanan diastolik (nombor bawah).
Tekanan sistolik ditakrifkan sebagai tekanan dalam saluran darah apabila jantung mengecut. Tekanan diastolik ialah tekanan antara denyutan jantung. Tekanan sistolik dikatakan tinggi apabila ia melebihi 140 mmHg. Tekanan diastolik dikatakan tinggi apabila ia melebihi 90 mmHg.
Pra-hipertensi (prehypertension) ialah bacaan melebihi 120 mmHg/ 80 mmHg,
Tekanan darah sistolik meningkat dengan umur, dan merupakan faktor utama berkaitan penyakit kardiovaskular. Oleh sebab tekanan darah tinggi adalah penyakit senyap yang tidak menunjukkan sebarang simptom, adalah diperlukan anda memeriksa tekanan darah anda setiap kali membuat penilaian kesihatan.
Walaupun tekanan darah tinggi dikaitkan dengan sakit jantung, ia juga adalah faktor risiko bagi kerosakan buah pinggang. Oleh itu , fungsi buah pinggang haruslah diperiksa selalu bagi pesakit hipertensi.
Tekanan darah tinggi adalah faktor risiko utama bagi angin ahmar (stroke) , sakit jantung, serangan jantung, dan kegagalan buah pinggang berfungsi.








Suami baru dimaklumkan oleh doktor yang dia mengalami tekanan darah tinggi. Bagaimana cara untuk memujuk suami mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang?
By: naserah megat on Februari 26, 2008
at 11:51 am
adakah melalui urutan dapat dikenalpasti penyakit darah tinggi? bolehkah stress dan kejang urat atau sakit belakang dianggap gejala penyakit darah tinggi.
By: isma on Februari 20, 2009
at 4:42 pm
Macam mana nak hilangkan tekanan darah tinggi ketika hamil? pada minggu ke 33 kehamilan saya, tekanan darah tak menentu, ada yang sampai 156/92,petang tadi tekanan darah saya 2x check 127/105 dan 136/83.
By: mayang on Februari 23, 2009
at 10:36 pm
Ini petua yang saya dapat dari satu laman web. Sila baca:
Tumbuhan sememangnya kaya dengan khasiat kesihatan. Sementara menunggu kelas bermula, Puan Azwa (pengusaha sekolah rendah integrasi Islam di Kuantan) sempat berkongsi petua ayahnya meredakan penyakit darah tinggi yang dihidapi sejak bertahun-tahun. Petuanya mudah saja. Anda cuma perlukan:
• Sebatang lobak merah
• 1/3 atau 1/4 batang lobak putih (jika terlalu banyak rasanya agak pahit)
• sebiji timun
Bersihkan. Buang kulitnya jika mahu, tambah sedikit air dan kisar. Minum setiap hari.
Bagi yang tidak suka minum jus atau makanan yang dikisar, mungkin boleh dijadikan ulam atau dihiris dan digaulkan dengan makanan lain bagi menambah selera (sebagai alternatif).
Menurut Puan Azwa, doktor perubatan yang memeriksa ayahnya sedikit hairan apabila mendapati penyakit darah tingginya hilang begitu saja.
Apapun, tidak rugi untuk mencubanya walaupun kita tidak mempunyai sebarang penyakit. Ketiga-tiganya kaya dengan vitamin dan serat. Tambahan pula, mencegah jauh lebih baik dari mengubat.
(maaf kepada empunya laman web tersebut kerana saya x ingat link ke laman web anda. Bagaimanapun semoga anda mendapat ganjaran yang berlipat dari Allah SWT)
By: Nur Khadijah on April 24, 2009
at 9:22 pm
Salam, x salah sekiranya anda boleh cuba produk saderi Jawa plus dari Izie Herb
By: rafi on Ogos 27, 2009
at 4:20 pm
Nur Khadijah ….. terima kasih,izinkan saya mencuba dan paste rawatan meredakan penyakit darah tinggi.
By: russlan.. on Oktober 4, 2009
at 11:34 am
saya baru disahkan doktor pada 12hb nov mendapat penyakit ni..3 kali bacaan 190,170 dan terkini 183.umur 43 berat badan 50..berhenti merokok 4 bulan yang lepas..sape yang ada petua atau ubat yang boleh kurang penyakit ni email kat saya.
By: zahari ibrahim on November 13, 2009
at 7:43 am
Saya sekarang hamil 5 bln ank ke 2,msa ank 1st x de tekanan darah tinggi,tp yang ni tkanan selalu 130/80, pernah sekali 160/90,trus msuk hospital…masalah saya ialah adakah faktor stress boleh mybbkan tekanan naik & saya jenis yang kadangkala gemuruh tatkala jumpa doktor sewaktu cek kehamilan di klinik kerajaan tp berbeza semasa cek dengan doktor private,adakah faktor stress & darah gemuruh mempengaruhi tekanan naik& apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini?
By: leeza on November 16, 2009
at 6:12 pm