Posted by: penawaralami | November 11, 2007

Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)

Apabila darah mengalir dalam saluran darah dan daya yang menekan pada dinding saluran darah lebih tinggi dari biasa kerana saluran darah telah tidak boleh menganjal atau mengecil; maka pesakit akan mengalami Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi. Hipertensi di klasifikasi kepada dua jenis utama, hipertensi utama dan hipertensi sekunder atau sistemik.

Hipertensi utama (hipertensi yang tidak diketahui penyebabnya) tidak difahami sepenuhya tetapi ia merupakan kes 85% daripada jumlah kes hipertensi bagi mereka yang berumur 45 tahun ke atas.

Hipertensi Sekunder atau Sistemik berlaku kurang dari 5% kes. Walau bagaimanapun, ia ada penyebab tertentu dan kecuaian rawatan boleh membahayakan bagi pesakit hipertensi. Jenis hipertensi ini berpotensi penybab stroke, pendarahan dan kegagalan sistemik berbilang.

Simptom
Tekanan darah tinggi boleh terbentuk dalam beberapa tahun tanpa disedari. Sebab itulah pemeriksaan tekanan darah perlu dijalankn kerap kali. Walau bagaimanapun apabila tekanan darah tinggi mekin menjadi teruk, beberapa simptom akan muncul :

  • hidung berdarah
  • denyutan jantung tak menentu
  • sakit kepala
  • pening kepala
  • keliru
  • mual / terasa nak termuntah
  • hilang penglihatan

Jangan fikir anda tidak ada tekanan darah tinggi jika anda tidak ada simptom tersebut.

Penjagaan menghalang penyakit:

  • kerap memeriksa tekanan darah
  • jaga paras stress atau pelajari mengurus sstress
  • berhenti merokok : merokok dikaitkan dengan pembentukan penakit koronori arteri
  • kurangkan pengambilan garam putih
  • makan lebih sayuran, buah-buahan segar dan makanan tinggi fiber
  • elakkan minum alkohol
  • senaman selalu dan jaga berat badan

Respon

  1. Saya Patimah Shaari berumur 55+ dan tekanan darah tinggi saya 174/98. Apa yang perlu saya buat untuk menurun kan darah tinggi.

    Buat masa ini saya mengambil pil darah tinggi dari doktor bertauliah.

  2. Change your lifestyle
    “Tukarkan cara hidup anda” iaitu diet dan senaman.
    Senaman mesti setiap hari, yang ringan saja iaitu berjalan2 (brisk walking) selama 20minit-30minit sehari.
    Diet :
    1. minum air tertapis heksagon
    2. makan karbohidrat tidak terproses seperti beras perang, gula perang, wholemeat, wholewheat
    3. kurangkan makan daging merah seperti lembu dan kambing.
    4. banyak makan sayur dan buahan
    5. buat juzing bagi sayur dan buahan terpilih seperti pernah posting dalam blog ini
    6. buat detox setiap tiga atau dua bulan.
    7. meditasi / berdoa/ berzikir/ solat khusyuk

    Rawatlah hipertensi anda dengan cara alami (natural remedies), kerana “ubat” doktor ada kesan sampingan , yang ketara ialah akhirnya ke mesin dialisis kebanyakan pesakit darah tinggi dan kencing manis.

    Untuk membaca ringkasan kesan samping “ubat” , sila baca page=”makanan” dalam blog ini.

  3. saya remaja berumur 21 taun,perokok(dlm proses nk berhenti)..ade ke kemungkinan saya akan akan terdedah pada penyakit darah tinggi sebab bnyk simtom2 ni ade pada saya..cume yg jadi masalah dia saya skrg di syria dan macam takot sikit nk pergi check ke hospital walaupun penjaga saya dah berulang kali nasihat supaya berbuat demikian..

  4. simtom yang anda mengalami mungkin adalah kesan ketagihan merokok.
    Bacaan tekanan darah boleh dibuat sendiri dengan alat berkenaan yang boleh didapati di kedai farmasi atau health store.

    Untuk menjaga kesihatan, makanlah banyak sayuran dan kurangkan makan daging. Hadkan makan daging satu kali seminggu. Sayur sebaiknya dimakan mentah campuran (cocktail/salad) bersama minyak zaiton (virgin olive oil). Buah delima juga amat membantu.


Leave a response

Your response:

kategori