Posted by: penawaralami | November 13, 2007

Punca Hipertensi

( Punca Tekanan darah Tinggi )

Hipertensi berlaku apabila arterioles, saluran kecil darah yang mencabang daripada arteri, menjadi sempit membuat ia sukar untuk darah mengalir melaluinya. Hasilnya, tekanan darah meningkat dan jantung terpaksa bekerja lebih. Jika tekanan darah semasa duduk tenang ialah 140/90 atau lebih, ini bermakna seseorang itu mengidap hipertensi.

Punca Hipertensi Utama:

  • - faktor genetik
  • - ketidakbiasaan (abnormalitites) dalam Sistem Angiotensin-Renin-Aldosterone – mengikut pakar sistem angiotensin-renin-aldosterone (kumpulan hormone) mula bertindak bahaya kepada badan manusia. Yang ketara penting ialah tindak balas hormon aldosterone dan sejenis peptide iaitu angiotensin II.
  • - ketidakbiasaan Sistem Saraf Simpatetik iaitu sebahagian daripada sistem saraf automatik yang mengawal kadar denyutan jantung, tekanan darah, dan diameter saluran darah.
  • - rendah paras Nitrik Oksida
  • - rendah berat kelahiran
  • - obesiti (kegemukan)
  • - kencing manis diabetes type 2

Punca Hipertensi Sekunder:

  • - keadaan perubatan – penyakit Buah Pinggang, Apnea Tidur (keadaan penafasan terhenti seketika semasa tidur), hamil, cirrhosis dan penyakit Cushing semuanya menyumbang kepada tekanan darah tinggi
  • - Ubat – preskripsi , termasuk cortisone, prednisone, estrogen, dan indomethacin boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Penggunaan jangka panjang dadah anti-radangan taksteroid dan ubatan dingin yang mengandungi pseudoepherine telah didapati meningkatkan tekanan darah tinggi dalam mereka yang hipertensi. Tekanan darah tinggi juga diketahui adalah kesan sampingan wanita yang mengambil pil kontraseptif.
  • - alkohol, kafein, merokok, dan dadah : anggaran 10% kes hipertensi (di Amerika) adalah dari pengambilan berlebih alkohol, lagi banyak minum lagi tinggi tekanan darah. Kafein menyebabkan kenaikan tekanan darah sementara yang tidak membahayakan mereka yang mempunyai tekanan darah normal. Walaubagaimanapun minum lebih dari 5 cawan sehari menunjukkan kesan kenaikan tekanan darah. Kesan kafein adalah tersangat kecil jika dibandingkan dengan perokok. Kajian menunjukkan risiko perokok adalah 10 kali lebih daripada orang biasa. Cocaine juga menaikkan hipertensi secara akut.
  • - stress, senaman dan pengambilan dengan banyak licorice boleh menyebabkan kenaikan tekanan darah sementara.

Respon

  1. salam.. boleh terangkan tak tentang kepentingan mengabilan ubat-ubatab hipertensi mengikut masa bagi pesakit hipertensi.

  2. saya tidak menggalakkan pengambilan ubatan farmaseutikal kerana ada kesan sampingan. Sila lihat dalam page “makanan”.

    Juga disyorkan menggunakan rawatan hidroterapi dan aromaterapi yang tiada kesan buruk dan telah terbukti manfaat kesihatannya. Bulan ini saya sedang membuat posting perihal tersebut.

    Untuk keterangan lanjut mengenai rawatan hidroterapi terbaru anda boleh hubungi
    Kuala Lumpur dan Lembah Kelang : Pn Hanifah Abdullah 0192672706
    Skudai dan Johor Bahru : Dr Nasly 0193606662

  3. salam,

    sy ida..sekarang ni sy alami lemah2 badan(tak bermaya), berat badan turun dgn mendadak skali. berat badan sy kini 33kg saja, berbanding 38kg. Malah, apabila makan saja pasti sy akan hendak merasa muntah. sy juga kerap rasa berdebar-debar tak tentu masa, cth apabila bekerja, berdiri, duduk dll.

    Adakah ini punca stress yang melampau

  4. salam

    mungkin stress , dan mungkin juga masalah tiroid. Sebaiknya pergilah buat pemeriksaan kesihatan dengan doktor.

    Juga mungkin penyebabnya ialah dari makanan yang tidak sesuai untuk anda. Pastikan makan dari makanan sihat sahaja elakkan dari yang terproses seperti fast food, mee segera dan segala yang segera.


Leave a response

Your response:

kategori