Menurut kajian keatas tikus, bahan dalam bawang putih didapati boleh menghalang hipetensi pulmonari, sejenis tekanan darah tinggi , yang berpotensi bahaya , dalam arteri dan membawa darah ke peparu.
Bahannya ialah Allicin. Para penyelidik dapati bahawa allicin menghalang hipertensi pulmonari dengan melegakan saluran darah sempit, dan menghalang kerosakan pada saluran darah.
Bawang putih adalah makanan yang menakjubkan. Ia mempunyai sifat antibakteria, anti virus dan anti kulat. dan banyak lagi ciri-ciri kesihatan yang lain.
Banyak kajian telah dijalankan tentang bawang putih dan berita kemampuan bawang putih untuk melawan hipertensi pulmonori adalahsesuatu yang menggembirakan. Antara simptom hipertensi pulmonari ialah :
- pernafasan singkat [syspnea]
- keletihan keterlaluan
- sakit dada
- bengkak buku lali [edema], kaki dan kemudian merebak ke perut
- warna kebiruan di bibir dan kulit [cyanosis]
- denyutan jantung yang laju








Sakit darah tinggi disebabkan oleh beberapa perkara, selain dari stress ia disebabkan oleh ketidak seimbangan diet kita.
Garam halus yang digunakan seharian sebenarnya tidak bagus. Yang bagus ialah garam laut asli yang kasar dan nampak kotor tu. Ada banyak artikel di web berkenaan the benefit of sea salts.
Dulu orang kita suka makan ulaman yang kaya dengan unsur Magnesium dan Potassium tapi sekarang sudah kurang. Makan banyak sayuran dan pisang yang kaya dengan magnesium dan potassium boleh mengurangkan darah tinggi. Ini termasuklah bawang putih.
Kalau tak mampu juga makan suplemen Calcium magnesium 2 biji ketika hendak tidur dan makan suplemen slow K (boleh didapati farmasi ) 1 biji ketika hendak tidur. Orang sakit buah pinggang tak boleh mengambil potassium.
Ramai yang telah mengakui manfaatnya.
By: hishamuddin Omar on November 27, 2007
at 7:06 am
Saya mempunyai masalah jantung berlubang iaitu atrial septal defect dan ini menyebabkan tekanan darah tinggi berlaku dalam paru-paru saya (pulmonari hypertension). Saya ingin kepastian adakah dengan memakan bawang putih sesuai untuk masalah yang saya hadapi.
By: Nor Faezah on November 12, 2009
at 3:23 pm