Herba tekanan darah tinggi adalah bahan alami yang boleh mengurangkan tekanan darah. Walaupun herba-herba ini tidak disyorkan kepada mereka yang mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi, herba boleh membantu ramai orang. Jika tekanan darah anda hanya sedikit tinggi, maka anda boleh mempertimbangkan manfaat dan kebaikan herba tekanan darah tinggi.
Antioxidant dalam herba dan makanan adalah alat penting mengawal jantung dan kesihatan. Ini ialah kerana antioksiden membantu menghalang oksigen daam badan daripada merosakkan (mengoksidakan) molekul kolesterol dalam saluran darah. Ini sangat penting kerana kolesterol yang telah dioksidakan boleh menyebabkan plag dan penyumbatan, menyebabkan lebih sukar darah mengalir ke jantung.
Salah satu kuasa penawar alami kunyit ialah kandungan tinggi antioksiden, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Oleh sebab curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri, dinamakan atherosclerosis, antara penyebab utama serangan jantung.
Kunyit mengurangkan paras kolesterol darah dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’. Ia juga menghalang pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung dengan cara menghalang platelete , iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).
Cara pengambilan:
1. suplemen curcumin boleh dibeli di farmasi
2. gunakan kunyit dalam masakan harian
3. ambil kunyit sebesar ibu jari. Kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.









infonya bagus, sangat bermanfaat tulisan2 pengobatan herbal. semoga makin sukses
salam kenal dari peternak lebah madu
By: rahmat on Mei 3, 2008
at 2:06 am
terima kasih admin penawaralami dan rakan2 yng membantu menjayakan penawaralami wordpress= dapat membantu kami memberi rujukan dan ilmu tentang pengubatan asas mengunakan herb untuk diri sendiri & keluarga
By: khairudin on Mei 19, 2008
at 11:22 am
great!!!! thanks..
By: feirira31 on Julai 19, 2008
at 5:36 am
ASW.. Kat mana web yang bole cari proof curcuma (kunyit)nie bagus untuk kita.. especially bagi kurus badan….
By: Che'Man on Jun 17, 2009
at 4:49 am