Posted by: penawaralami | Disember 17, 2007

Cara hidup moden menurunkan fungsi tiroid

Beberapa faktor cara hidup moden telah menyebabkan banyak keadaan kesihatan tiroid yang menurun. Antara penyebabnya ialah:

1) memakan minyak dan produk kacang soya. Soya mempunyai sifat menekan fungsi tiroid. Sebab itulah soya digunakan dengan meluas sebagai pemakanan binatang ternakan, kerana ia mengurangkan metabolisma dan menaikkan berat badan. Sebaliknya asid laurik dalam minyak kelapa meningkatkan fungsi tiroid.

2) fluorida dalam air, ubat gigi dan rawatan pergigian (fluorida menggantikan tempat iodine dalam badan)

3) pengurangan dan hakisan mineral daripada tanah disebabkan oleh amalan pertanian bajaan kimia telah mengurangkan bahan trace mineral dalam tumbuhan yang merupakan makanan manusia. Ini ada kesan negatif pada fungsi tiroid.

Selain menyebabkan penurunan metabolisma dan kenaikan berat badan, tiroid kurang aktif membuat seseorang itu rasa letih, tak bermaya, rambut kering, kulit kasar, dan sistem imun yang tertekan /menurun.

Penawar bagi keadaan tiroid kurang aktif boleh diperolehi daripada beberapa gabungan herba , dan juga perubatan homoepathy.

Selain herba dan homoepathy, penawar yang boleh didapati dari makanan adalah seperti minyak kelapa dara, trace minerals dan kelp (sumber iodine). Dapatkan suplemen yang alamiah, bukan mineral ‘chelated’. Air hendaklah ditapis buang klorida dan florida seperti penapis air hexagon.

Komen :
Let your food be your medicine. Allah SWT telah menyediakan makanan alamiah untuk manusia hidup sejahtera. Makanlah makanan organik dan tanpa diproses untuk kesihatan yang optima.


Respon

  1. boleh tak saya tahu..macam mana nak merawat penyakit tairod yang menyebabkan tekak bengkak?saya ada kawan yang mengalami penyakit hypotiroid yang sukar bernafas dan makan.menurut kata doktor hanya pembedahan yang dapat selesaikan tetapi risiko pembedahan pesakit adalah 50/50..ada ke cara lain untuk merawat penyakit ini??

  2. Kaedah merawat alamiah ialah dengan meningkatkan metabolisma badan dan sistem imun. Caranya ialah dengan memberikan nutrien yang penting untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan bekesan. Sumber nutrien untuk tiroid ialah minyak kelapa dara dan iodin dari kelp. Sebelum penbedahan cubalah dulu dua suplemen ini dan elakkan dari produk kacang soya yang merosakkan fungsi tiroid serta air paip berklorin.

    Selain minyak kelapa dara, untuk meningkatkan metabolisma , juga digalakkan membuat spa SG-2000. (myhomespa.wordpress.com)

    Dengan izin Maha Pencipta, semoga mengurangkan bengkak dan pulih semula.

  3. saya adalah seorang pesakit hypotiroid sejak berusia 8 bulan. saya diberikan ubat yang dimakan sehingga akhir hayat. tentang berat badan, ia kerap naik dan turun. adakah penyakit ini membolehkan berat badan saya akan bertambah mengikut usia walaupun saya menjaga pemakanan saya. jika saya berkahwin dan mendapat anak adakah kemungkinan anak itu akan mendapat penyakit seperti saya atau sindrom down.

  4. adakah saudari pernah menjalani pembedahan tiroid?
    adakah saudari masih mempunyai tiroid , iaitu tidak dibuang oleh pembedahan?
    Jika saudari sudah tidak ada tiroid, memanglah saudari perlu makan ubat yang diberi doktor sehingga akhir hayat.
    Jika saudari masih ada tiroid, masih ada harapan iaitu penawarnya ialah minyak kelapa dara dan iodine dari kelp.
    Amalkan makan minyak kelapa dara 3 sudu besar setiap hari, iaitu satu sudu setiap kali makan sarapan, lunch dan dinner.
    Kurang jelas bagaimana saudari menjaga pemakanan… perlu makanan yang rendah Indeks Glikogen untuk jaga berat badan dan juga elakkan lemak melainkan minyak kelapa.
    Penyakit hipotiroid bukan genetik, tetapi kerosakan disebabkan oleh banyak perkara termasuk terlalu banyak konsumi produk kacang soya. Anak kecil perlu diberi susu ibu selama 2 tahun dan elakkan susu soya.
    Sindrom down ialah kerana ketidakseimbangan kromosm, bukan hipotiroid.
    Walau bagaimanapun, dalam setiap usaha kita perlu menyertai dengan doa minta pertolongan dan perlindungan dari Allah Maha Pencipta Maha Pemelihara.

  5. pls inform us where we will buy minyak kelapa dara since I saw in this web that minyak kelapa dara as midicine for tyroid, we are fm Indonesia with location in Medan, could pls inform us whether we can find it in Medan,

    my full address at : jl.setia budi pasar II komp. Graha tanjung sari Block D.23 North Sumatra – Medan indonesia.
    Phone number : 61-62-81362447800
    pls reply my email urgently

  6. Medan is a major producer of virgin coconut oil, you can search in google with words “minyak kelapa indonesia medan” which will give results such as
    http://udsuksesgincoaba.indonetwork.co.id/277646/organic-virgin-coconut-oil.htm
    http://pc007.co.cc/health/virgin-coconut-oil/prod_6.html
    and many more
    Another way is the online global biz from
    http://runcitonline.com/bioasli

    Virgin coconut oil in Malaysia also known as minyak kelapa dara, while in Indonesia it is known as minyak kelapa murni.

  7. adakah dgn pengambilan suplement tiriod boleh diubati tanpa melalui pemedahan?

  8. Bergantung kepada tahap penyakit. Pesakit boleh mencuba terlebih dahulu supplemen berkaitan, InsyaALlah jika ada penambah baikan, alhaldulillah tak perlu pembedahan.

    Tiada rugi cuba supplement, terutamanya minyak kelapa dara (vco virgin coconut oil) dan kelp.

  9. saya menghidap penyakit hypertiroid.boleh ke saya tahu macam mana nak merawat penyakit ini.adakah benar penyakit ini boleh mengganggu kesuburan? adakah saya berpeluang untuk hamil?saya berkahwin pada disember 2008.

  10. Kaedah merawat alamiah ialah dengan meningkatkan metabolisma badan dan sistem imun. Caranya ialah dengan memberikan nutrien yang penting untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan bekesan. Sumber nutrien untuk tiroid ialah minyak kelapa dara dan iodin dari kelp.

    bagi penyakit “hyper” pula perlu tambah suplemen transfer factor .

  11. Saya sedang mencari penawar kepad penyakit tiroid nie… Saya menghadapi masalah hypertiroid rasanya… Kerana badan saya terasa panas dan tangan saya menggeletar… Saya menghadapi pemyakit ini setelah dikesan pada tahun 2005. Setelah mengambil ubat selama 2 tahun, kemudian saya telah berhenti kerana beransur pulih… Kini saya berumur 31 tahun dan penyakit ini datang kembali. Saya belum berkahwin lagi, dan benarkah sekiranya saya berkahwin, anak sya akn menghadapi masalah kecacatan kerana ubat yang saya ambil untuk penyakit hypertiroid ini… Saya masih mushkil, saya perlu ambil ubat kelapa dara or transfer faktor? Sebab dari segi simptom yg dihadapi menunjukkan hypertiroid. Bagaimana sy hendak dapatkan transfer factor dan adakah ada di farmasi biasa? Berharap sangat dapat reply secepat mungkin. Terima kasih kerana info tentang penyakit tiroid ini…

  12. Minyak kelapa dara dan Transfer factor bukan ubat , tetapi adalah makanan yang diperlukan untuk kesihatan.
    Kita perlu makan makanan seimbang dan alami, iaitu yang memang sesuai untuk badan kita , iaitu seperti saya nyatakan dalam lima asas iaiatu : air heksagon bertenaga, minyak MCFA seperti minyak kelapa dara, mineral, antioksiden dan imun IQ seperti TF.
    TF boleh dibeli dimana-mana pejabat 4Life Research di seluruh Malaysia (gunakan ID 6120219) manakala minyak kelapa dara boleh dibeli di farmasi dan kedai hypermarket , juga secara online dari
    http://runcitonline.com/bioasli


Leave a response

Your response:

kategori