Posted by: penawaralami | Februari 8, 2008

Al-Kisah Gula

Banyak telah dikatakan mengenai makanan baik dan tidak baik. Dalam siri Al-kisah blog ini akan menceritakan kebenaran dan mithos (kekarutan) tentang makanan.

Hindari dari gula, termasuk pemanis alternatif, seperti air tebu mentah, glucose, dextrose, molass, caramel, fructose, sirap jagung, sirap kurma, sirap beras, sirap gandum, dan sebagainya. Gula akan menaikkan paras gula darah yang akan menyebabkan pankreas mengeluarkn insulin untuk menurunkan semula paras gula. Terlalu banyak insulin juga tidak sihat dn badan anda akan menjadi rintang insulin. Wlaupun perkara ini berlaku, anda membuat badan anda panik dan setiap hari peperangan (gula) berlaku, satu pengimbangan dibentuk dan bagi masa yang panjang anda tidak menyedari peperangan dalaman ini belaku.

Hanya pada umur 40an barulah anda pergi pemeriksaan kesihatan kerana dah mula merasai letih dan tak bertenaga. Anda akan mengalami bermacam keadaan pra-diabetic , seperti kelesuan , hypoclycemia, peredaran darah lemah, dahaga keterlaluan, lapar keterlaluan, kerap buang air kecil, sembelit, kembung, alergi, masalah kulit, tekanan darah tinggi, denyutan jantung tak menentu, kolesterol jahat, obesiti, dan sebagainya. Kebanyakan orang masih tidak mahu mengaitkan gejala ini dengan makanan dan ubat doktor pula akan menimbulkan kesan sampingan, yang dengan itu, akan menyebabkan lebih banyak lagi masalah dan membuat lebih teruk dari keadaan asal.

Terlalu banyak gula menyebabkan paras gula dan insulin menaik. Lagi teruk, rintangan insulin membuat pusing-balikan (vicious circle) yang mana insulin semakin tidak berkesan. Pankreas yang terpaksa mengeluarkan insulin yang banyak pada jangka masa yang panjang akhirnya kehabisan dan rosak. Insulin pula terpaksa disuntik ke dalam darah. Ini dipanggil diabetis gula. Gula juga adalah penyebab bermacam penyakit ; virus, kulat yis dan sel kanser gemar makan gula.

Dalam iklan kita akan bertemu “gula-baik-untuk-otot” suatu mithos dari industri gula. Ini adalah separa-benar yang bijak. Semua makanan adalah asing bagi badan manusia. Badan kita terpaksa memproses makanan dan menukarnya kepada glukosa menjadi tenaga. Glukosa memang diperlukan untuk pembangunan otot. “Oleh itu gula baik untuk anda”, kata pengeluar produk gula. Mereka tidak membezakan antara gula yang dikeluarkan oleh badan dari gula yang dimakan terus. Gula dibikin oleh badan dimasukkan ke saluran darah secara perlahan, manakala gula yang dimakan adalah ‘gula pantas’ yang terus menaikkan paras gula darah dan sebenarnya menyerang otot anda. Badan kita memang memerlukan gula, tetapi adalah dari gula yang dibikin oleh badan itu sendiri dari makanan serat penuh (whole grain).

Alternatif gula tanpa kalori dan alami ialah stevia, tiada kesan sampingan .


Leave a response

Your response:

kategori