Jus buah selalu dianggap sebagai makanan sihat dan tidak sebagai sejenis gula. Walau bagaimanapun fruktusa (gula buah) juga adalah gula. Sama seperti bijiran, masalahnya bukanlah gula itu sendiri, tetapi pemprosesan buah. Jus buah komersial tidak datang dari buah penuh , tetapi yang telah dibuang kulit dan pulpa. Kulit dan pulpa buah melambatkan pelepasan gula ke dalam darah kerana mereka adalah serat (fiber). Yang terbaik untuk anda ialah membeli blender dan buat sendiri jus buah segar dan penuh (whole), termasuk biji, pulpa dan kulit sebahgian atau keseluruhannya.
Buah manis mengandungi lebih gula dari buah pahit atau masam. Makanlah buah masam seperti lemon, limau, grapefruit, buah delima, noni, mempelam masam, durian belanda dan epel masam. Buah manis yang sihat termasuk semua lain-lain buah citrus, ceri, mempelam, betik, manggis, nona, belimbing bintang, kelapa dan nenas.
Buah kaya dengan antioksiden. Kulit manggis sangat tinggi nilai ORAC . ORAC ialah salah satu ukuruan paras antioksiden sesuatu sumber makanan.







