Posted by: penawaralami | Februari 16, 2008

Al-kisah Lemak Tepu

Setelah beribu-ribu tahun, manusia telah menggunakan minyak lemak tepu. Mulai awal 1950an kita telah diberitahu bahawa lemak adalah tidak baik untuk kita. Sokongan saintifik ini hanya dari satu kajian sahaja oleh Ancel keys. Keys telah membuat analisis dari beberapa data terpilih dari enam negara untuk membuktikan rumusan terancang mengenai lemat tepu tidak sihat.

Mitos lemak-tepu kemudian diterima oleh industri makanan dan kerajaan barat dan dipegang sehingga ke hari ini, walaupun sudah ada banyak kajian yang menunjukkan kesan yang sebaliknya. Beberapa generasi doktor dan pakar diet telah diajar mitos ini dan disampaikan kepada pesakit dan klien mereka. Satu industri telah berasaskan untuk mengelakkan lemak tepu. Anihnya, tiada siapapun yang mengaitkan hubungan antar lemak-rendah yang dimakan dengan banyak masalah kesihatan yang timbul semenjak tahun 1950an

Produk apakan yang mengandungi lemak tepu? Semua produk haiwan, seperti daging dan tenusu. Ada juga lemak tepu dari sayuran seperti kelapa dan kelapa sawit. Ini juga menunjukkan manusia dah makan lemak tepu berkurun-kurun lamanya. Malahan vitamin larut-lemak seperti vitamin A, D, E, K dan B12 lebih mudah diserap ke dalam badan dalam bentuk lemak-tepu. Lemak tepu sangat penting untuk badan yang sangat memerlukannya. Mengapakah ramai oranga semakin lebih berat (overweight) ? Kerana kita adalah lemak dari pemakanan karbohidrat dan gula yang berlebihan. Badan kita membuat lemak tepu dari makanan karbohidrat dan menyimpannya sebagai lemak simpanan. Buktinya ialah perut semakin buncit.

Yakinlah dengan makan lemak tepu dalam bentuk tenusu tak-dipasteur anda boleh kurangkan berat badan ! Badan kita akan terus menukarkan Lemak tepu ini menjadi tenaga tanpa storan lemak. Anda boleh makan lemak ini panas atau sejuk, kerana lemak-tepu mempunyai kelebihan boleh dipanaskan untuk menggoreng masakan. Mereka juga sumber protein, oleh itu nutrien ini juga dicapai.

Kelihatan bagaikan bercanggah bukankah begitu !?  Telur yang digoreng dalam butter atau sandwich dengan kiju penuh lemak atau yogurt penuh krim sebenarnya mengurangkan berat badan.

Ramai yang tidak akan percaya butter tidak menggemukkan malahan margerin tak-tepu dan separa hidrogenat menggemukkan.  Tetapi cuba tanya persoalan ini :  mengapakah diet lemak-rendah tidak berjaya.  lemak-rendah membuat anda gemuk, oleh itu janganlah percaya kepada guru lemak-rendah yang akan mengesyorkan produk diet yang mengandungi aspartame sejenis kimia penyebab kanser.  Menimbang kalori dan menyemak label maklumat kalori adalah membuang masa.  Lebih baik semak label untuk gula, garam, perisa, pewarna dan pemanis tiruan, GMO dan bahan kimia lain.


Leave a response

Your response:

kategori