Unsaturated Fat
Sejak 1950an, minyak sayuran tak-tepu telah diterima sebagai jawapan penyelesaian kesihatan yang diiktiraf oleh industri kesihatan dan kerajaan. Mengapa pula masalah kesihatan makin meningkat semenjak itu?
Tahukah anda marjerin adalah mentega kualiti rendah, yang pada asalnya ialah untuk menggemukkan binatang ternakan? Marjerin berwarna kelabu dan perlu diwarnakan agar menyerupai mentega. Malahan faktanya ialah marjerin bermolekul kurang satu daripada plastik !
Berlaku kekeliruan mengenai minyak sayuran tak-tepu-mono (monounsaturated) dan tak-tepu-poli (polyunsaturated). Contoh lemak tak-tepu-mono adalah minyak zaitun , minyak bijan dan minyak kacang tanah. Lemak tak-tepu-poli seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kacan soya dan minyak safflower. Anda akan lihat banyak produk makanan yang mempunyai lemak tak-tepu-poli dalam bahan mereka. Mana tak nye, kerana minyak ini antara yang murah dan mempunyai banyak pengguanaan termasuk industri kosmetik dan perosak serangga. Lemak tak-tepu-poli mempunyai asid lemak omega-6 perangsang radangan manakala lemak tak-tepu-mono mengandungi lemak asid omega-3 anti-radangan.
Nisbah omega-3 ke omega-6 had selamat ialah 1:4. tetapi dengan penggunaan lemak tak-tepu-poli dalam kebanyakan makanan moden nisbah ini menjadi 1:20 hingga 1:50.
Satu perkara lagi, kebanyakan minyak sayuran tidak boleh dipanaskan. Had terbakar hampir semua minyak sayur adalah jauh lebih rendah daripada lemak tepu. Menggoreng dalam minyak sayuran akan menghasilkan bahan karsinogenik kerana minyak terbakar. Hanya minyak tak-tepu-mono dan minyak tepu boleh dipanaskan.
Awas : polyunsaturated fats from vegetable oils are unhealthy !







