Posted by: penawaralami | April 30, 2008

Hypotiroid dan PCOS

Berikut adalah merupakan jawapan saya kepada seorang rakan yang mempunyai masalah hypotiroid dan sekarang sudah mencapai berat badan 80kg.

Seperti yang saya katakan dulu penawar untuk hypotiroid ialah
1. minyak kelapa dara dan
2. kelp
juga mungkin dapat membantu ditambah dengan
3. habatus sauda dan
4. bawang putih

Yun kalau serius nak turunkan berat badan kena jaga makan dan senaman konsisten
Makanan yang diperlukan:
1. nasi guna beras perang (dan wholegrain2 lain)
2. gula guna gula perang atau gula melaka
3. setiap hari mesti makan buah (dengan kulitnya sekali) dan sayur segar – banyak2
4. setiap hari makan sedikit kekacang seperti badam, gajus, ..
5. teh herba (green tea) yang kaya antikoksiden seperti Roibois Tea
6. jemur diri pada sinaran pagi purata 10 minit sehari
7. lebihkan ikan sebagai sumber protein
8. minyak masak guna minyak kelapa dan kelapa sawit sahaja

Elakkan dari makanan berikut :-
1. beras dan roti putih (grain yang telah diproses)
2. gula putih
3. garam putih
4. marjerin
5. minyak masak sayuran seperti canola, soya, jagung, safflower, dll
6. air soya
7. air paip (perlu guna tapis seperti hexagon water)

Apabila membaca ayat suci alQuran atau doa Mathurat, letakkan jug berisi Air hexagon water di depan, kemudian minumlah air ini serta berdoa agar Allah berikan kesihatan dan penawar segala penyakit.

Elakkan perkakas masak/ dapur seperti berikut:-
1. non-stick ( ini beracun toxic)
2. micro-wave oven (ini membunuh/ merosakkan nutrien / zat makanan)

Tips di atas bukan saja untuk masalah tiroid dan berat badan sahaja tetapi juga untuk PCOS kerana mereka saling kait mengait.


Leave a response

Your response:

kategori