Posted by: penawaralami | Mei 1, 2008

Microwave oven : Ketuhar Gelombang mikro

Microwave oven (MO) ada di hampir semua rumah di Malaysia. Walaupun bahayanya telah banyak didokumenkan. Anda sendiri boleh membuat ujikaji di rumah untuk memahami sifat merosakkan oleh gelombang mikro. masukkan benih dalam dua bekas. Satu diberi air paip dan satu lagi diberi air (dah disejukkan ke suhu biasa) yang telah dipanas dalam MO. Benih yang diberi air MO tidak akan tumbuh. Jika air MO menghalang pokok tumbuh, cubalah gambarkan apa yang makanan yang dimasak dalam MO membuat dalam badan anda.

Satu kajian di Switzerland diketuai oleh saintis makanan dan biologi Dr Hans Hertel telah mengenalpasti kesan makanan MO. Selama lapan minggu, lapan orang telah ditempatkan di tempat persekitaran terkawal yang sama dan diberi makanan mentah, masak secara biasa dan makanan MO. Sampel darah diuji selepas setiap jamuan. Makan MO menyebabkan perubahan ketara pada sifat kimia darah.

Satu lagi kajian di Stanford University mengkaji kesan susu ibu MO. Salah seorang ketua saintis itu berkata “Dengan MOkan susu ibu, walau di setting rendah, boleh memusnahkan beberapa ciri keupayaan melawan penyakit”. Mereka mengesahkan selain daripada memanaskan, ada banyak perubahan yang mencurigakan berlaku pada komposisi susu.

Pada awal 1991, satu saman mahkamah telah dikenakan pada hospital Oklahoma USA setelah seorang pesakit mati kerana diberi darah yang telah dipanaskan dalam MO.

Di Rusia, MO diharamkan pd tahu 1976 kerana kesan negatif pada kesihatan.

Beberapa kesan menggunakan MO :-
- mengkonsumi makanan yang dimasak dalam MO menyebabkan kerosakan sel otak secara “memintas putus” impuls elektrik dalam otak
- pengeluaran hormon lelaki dan wanita berkurangan atau berubah jika mengkonsumi makanan MO berterusan
- mineral, vitamin, dan nutrien dalam semua makanan mO berkurangan atau berubah , oleh itu badan kita tidak dapat sebarang kebaikan daripada makanan tersebut
- mineral dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas – penyebab kanser
- makanan MO menyebabkan tumor kanser perut dan lambung
- konsumi berterusan makanan MO menurunkan sistem imun
- konsumi makanan MO menyebabkan kehilangan memori, penumpuan, ketaksatbilan emosi, dan penurunan kepintaran.
- MO mengubah bahan makanan, menyebabkan masalah penghadaman
- makanan MO kehilangan 60 hingga 90 peratus gelombang tenaga penting dan MO memecutkan disintegrasi struktur makanan
- makanan MO mengurangkan kebolehan badan kita mengambil vitamin B-komplex, vitamin C, vitamin E dan mineral esential dan lipotropik

Akhir kata MO menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit lain. MO memusnahkan khasiat makanan dan melemahkan tubuh badan kita. Oleh itu kita harus berfikiran menyahkan Microwave Oven dari rumah kita.

About the author
Sheryl is a kinesiologist, nutritionist and holistic practioner.
Her website www.younglivingguide.com provides the latest research on preventing disease, looking naturally gorgeous, and feeling emotionally and physically fabulous.


Leave a response

Your response:

kategori