Juzing (juicing) untuk kesihatan dan rawatan penyembuhan
Memang sudah maklum ramai yang tahu bahawa makan sayuran dan buahan , dengan banyak, adalah penting dalam diet kita. Tetapi adakah anda terfikir cara untuk mendapatkan zat vitamin dan mineral yang lebih dengan cara juzing? Tahukah anda kebaikan juicing untuk kesihatan? Berikut adalah sepuluh sebab mengapa anda patut cuba juzing.

1. menambahkan enzim – juz sangat kaya dengan enzim yang membantu menghadamkan makanan. Kekurangan enzim bermakna badan kita tidak dapat menukarkan makanan kepada tenaga atau mengubah karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral kepada tisu sihat seperti otot, tulang, kulit dan sebagainya.
2. meningkatkan nutrien esential - vitamin dan mineral sangat penting untuk kesihatan. Vitamin terbagi kepada dua kategori, larut air (Vitamin B dan C) dan larut lemak (Vitamin A, D dan E). Banyak faktor memberi kesan status vitamin termasuk diet yang kurang, masalah penghadaman, terlebih masak (over-cooking) , makanan terproses dan dalam tin, penyimpanan dan iradiasi. Juzing segar memberikan vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan kita.
3. pecutkan tenaga - juzing adalah makanan yang memberi tenaga yang penuh dengan zat dan menyegarkan untuk sel. Dr Max Gerson, pengasas “Institute for Cancer Treatments”, mendapati pesakit beliau lebih cepat sembuh apabila diberi diet yang banyak juz segar.
4. Menyah toksid – Juz Buah dan sayur segar adalah bahan mesti dalam diet detox. Beberapa juz mnempunyai kebolehan membuang toksin dalam badan melalui kumbahan dan bakteria, dan membersihkan badan dalaman.
5. Dapatkan banyak klorofil – klorofil banyak didapati dalam tumbuhan hijau. Ia membersihkan sistem penghadaman dan membina sel darah – ia adalah tonik hebat. Alfalfa, wheatgrass, watercress dan sayuran daun hijau kaya dengan klorofil dan juz yang hebat.
6. Mengurangkan risiko penyakit awalan – ini boleh dibantu oleh antioksiden yang terkandung dalam juz. Kecantikan, seperti juga kesihatan, datang dari dalam oleh itu apa yang kita mekan memainkan peranan penting. Antioksiden adalah rahsia sihat usia tua dan kelihatan muda kerana ia “membersihkan” molekul bahaya yang dikenali sebagai “radikal bebas”
7. Dapatkan amina-asid - Asid amino adalah blok pembinaan protein dan sangat penting dalam proses penghadaman dan penyerapan makanan. Juz segar kaya dengan asid amino dan mudah dihadam.
8. Mengimbangkan paras asid/alkali – diet yang tinggi protein haiwan, gula terproses dan bahan penambah tiruan serta dadah. Semua ini menyebabkan naik paras asid dalam sel, yang akan menyebabkan penyakit. Banyak kajian telah didokumenkan laporan bahawa sel kanser membiak dalam persekitaran asidik.
9. Membantu pengurangan berat badan – juz mengenyangkan dan juga rendah kalori. Juz membuat kita rasa kurang lapar dan ini sangat penting bagi program pengurangan berat badan.
10. Hayati ke-enakan berbagai rasa! – cubalah kreatif dan cubalah beberapa resepi campuran berbagai buah dan sayuran.



