Posted by: penawaralami | Julai 18, 2008

Kobis dan Brokoli Mentah mengurangkan risiko kanser

sayuran keluarga kobis

Kobis dan brokoli makanan mentah dapat mengurangkan risiko kanser pundi (bladder cancer) sebanyak 40%. Hasil kajian para penyelidik dari Roswell Park Cancer Institute di Buffalo, USA. Kajian in merupakan salah satu darpada beberapa kajian seluruh dunia yang menunjukkan bukti bahawa sayuran dan buahan mentah menurunkan risiko kanser dengan ketara.

Dalam kajian ini, para penyelidik menjalankan survey tentang tabiat diet oleh 1,100 orang, 275 darinya pesakit kanser pundi. Bagi kumpulan perokok, hasil menunjukkan orang yang makan sayuran mentah keluarga kobis mempunyai pengurangan risiko 40% manakala bagi kumpalan tidak merokok pengurangan risiko adalah sebanyak 73% mengidap kanser pundi.

Kekerapan makan sayuran kobis ialah tiga kali sebulan. Kajian juga dibuat bagi orang yang makan sayuran kobis yang dimasak tidak langsung mengurangkan risiko kanser. Ini menunjukkan ciri anti-kanser dari sayuran termusnah apabila dimasak atau dipanaskan.

Hasil kajian Roswell Park telah dibentangkan di persidangan American Association of Cancer Research d Philadelphia.


Leave a response

Your response:

kategori