Aromaterapi ditakrifkan sebagai penggunaan sejatan minyak tumbuhan, termasuk minyak esensial, untuk kesihatan psikologi dan fisikal. Bauan tertentu boleh memberi kesan bermanfaat pada minda dan tubuh anda.
Sama ada minyak esensial dipanaskan menjadi wap, ditambah dalam tub mandian atau disapu pada kulit, menghidu bauannya yang alami, telah digunakan beribu tahun untuk mengurangkan kesakitan, penjagaan kulit, mengurangkan tegangan dan keletihan dan memulih tenaga tubuh.
Minyak esensial bertindak pada tubuh dengan bermacam cara. Yang paling ketara ialah menggalakkan deria hidu/bau. Beberapa tahun kebelakangan ini penelidik perubatan telah mendapati bahawa bauan yang dihidu mempengaruhi perasaan kita (fisikal dan mental).
Alan Hirsch, M.D. pakar neuro, psikiatrist dan pengarah “Smell and Taste Treatment and research Center” di Chicago , AS, mengatakan “Bauan bertindak terus ke otak, seperti juga dadah”. Beliau dapati bahawa hidup tanpa bau indah menuju ke banyak masalah psikiatirk seperti cemas dan murung.
Kajian saintifik menyokong pandangan bahawa menghidu bauan tertentu memberi kesan pada aktiviti dalam otak. Didapati dari kajian frekuensi gelombang otak bahawa lavender menaiikan gelombang alfa di belakang kepala, yang berkaitan dengan santaian. Bauan seperti jasmine meningkatan gelombang beta di bahagian depan kepala, yang berkaitan dengan keadaan lebih sedar dan waspada.
Pakar juga menyatakan menghidu minyak sesensial boleh memanfaatkn banyak keadaan berkaitan ketagangan saraf, termasuk sakit kepala, imsomnia dan keresahan. Manghidu juga digunakan untuk merawat masalah penafasan seperti selsema, alahan dan bronkitis.
Pengalaman kuasa ubahan-mood dari kesan menghidu berbagai bauan boleh dibuat dengan menambahkan beberapa titis minyak esensial ke dalam tab mandian atau pada alat pemanas berlampu.
Minyak esensial tidak digunakan dalam perfum. Minyak esensial adalah penawar, dan menghidu hanyalah salah satu cara penggunaannya.
Minyak esensial boleh digunakan secara khusus seperti masalah kulit. Minyak esential bermolekul kecil dan boleh menyerap ke kulit ke dala sistem darah. Sebgai contoh lavender boleh disapu untuk merawat luka, terbakar, pening kepala dan rawatan mudah lain.
Satu lagi penggunaan khusus minyak esensial ialah urutan aromaterapi. Apabila ditambkan ke dalam minak urut seperti minyak kelapa, minyak zaiton, minyak badam dan minyak bijan, minyak esensial menambahkan lagi kebaikan urutan, mengurangkan stress, meningkatkan peredaran darah dan memberikan rasa segar dan sihat.



