Posted by: penawaralami | Ogos 7, 2008

SPA : Memulih tenaga tubuh dan jiwa

Perkataan SPA ialah kata singkatan dari frasa Latin “Solus Per Aqua” yang membawa maksud “Rawatan dengan Air”. Konsep SPA ialah merendamkan tubuh dalam air untuk menjaga kesihatan.

Ada beberapa kebaikan atau manfaat yang berkaitan dengan merendamkan diri dalam spa panas. Apabila anda bersenam, asid laktid terkumpul dalam otot anda. Air panas atau suam mengembangkan saluran darah dan meningkatkan aliran darah kepada tisu sengal atau terosak, memberi oksigen dan nutrien untuk membantu proses pemulihan dan membawa keluar asid laktid. Ramai doktor dan fisioterapist mengesyorkan spa panas untuk terapi pemulihanan intensif. Spa juga membantu mengembalikan keboleh gerakan dan menyah tegangan; otot tenang bergerak lebih mudah tanpa sakit dan sengal.

Spa panas berbuih juga memberikan manfaat tak-fisikal lain seperti luangan masa luar waktu kerja. Memulih tenaga dan minda dan semangat dan juga hubungan keluarga dan kekawan adalah sama penting dengan manfaat fisikal yang berkiatan dengan berendam dalam spa. Ada kesan fisiologi berkaitan urutan-hidro yang membuka pintu pembaharuan minda dan jiwa semangat sama juga dengan tubuh fisikal. Terapung dalam ari panas memperlahankan nadi, dan urutan buih merangsangkan aliran darah dan melonjakkan tenaga. Ini merupakan cara baik untuk menyegarkan anda menghadapi hari anda, ataupun bersantai dan memulihkan tenaga di petang hari selepas penat bekerja.


Leave a response

Your response:

kategori