Pesakit rheumatoid arthritis boleh dapat manfaat dari mandian tub panas, terutamnya apabila digunakan dengan urutan atau senaman air. Hidroterapi mengurangkan sakit sendi dengan mengurangkan radangan dan meningkatkan aliran darah. Mengikut para penyelidik di National Center for Complementary and Alternative Medicine (NCCAM) di National Institutes of Health, sebilangan kajian terkawal telah dijalankan pada pesakit rheumotoid arthritis dengan cara hidroterapi, kebanyakan berdasarkan rawatan mandian-airlaut yang diberikan di kawasan Lautan Mati (Dead Sea) di Israel. Kebanyakan laporan kajian menujukkan hasil yang bermanfaat.
Walau bagaimanapun, ada juga isu kualiti yang tercatat dalam kajian tersebut, dan ia tidaklah terbukti bahawa hanya hidroterapi yang memberikan manfaat yang dikatakan dalam hasil kajian. Mereka juga memerhatikan bahawa faktor yang sumbang kepada manfaat kesihatan ialah seperti berulang alik ke spa, berihat dari rutin harian, santaian , bersosial dan sikap seseorang.
Rmuan aromaterapi yang digunakan untuk spa:
- Mengambil garam mandian rumpair selepas joging atau senaman berat, ia boleh memberikan kulit kita mineral yang diperlukan untuk memulih dan menghilangkan otot sengal
- Hayseed digunakan untuk melegakan sakit belakang, sendi dan otot.
- Rosemary Meningkatkan pengaliran darah, metabolisma, menurunkan tekanan darah dan melegakan migrain dan keletihan mental.
- Juniper Melegakan sengal dan kekangan otot. Merawat radangan dari gout dan sakit otot.



