Posted by: penawaralami | Ogos 9, 2008

SPA : Rawatan Kencing Manis

Pesakit kencing manis boleh mengawal keadaan dengan senaman dan pemakanan yang baik.  Walau bagaimanapun ada ramai pesakit kencing manis yang tidak upaya melakukan aktivit senaman dan menjaga berat badan.

Dalam satu kajian dijalankan oleh Dr. Philip Hooper di McKee Medical Center di Colorado, lapan pesakait kencing manis Type 2 Diabetes direndamkan dalam tub panas selama 30 minit sehari selama 3 minggu.  Hasil keputusan menunjukkan para pesakit melaporkan berkurang 13% paras gula darah, dapat lebih tidur dan peningkatan kesihatan secara menyeluruh.

Kajian “Hot Tub Theory” tersebut telah diterbitkan hasilnya dalam New England Journal of Medicine pada September 1999 menunjukkan bahawa berendam dalam air panas spa dapat membantu merawat Diabetes Type 2.

Spa adalah mandian yang suhunya dikawal oleh termostat agar suhu yang diselenggara adalah sesuai, terutamanya untuk pesakit yang telah hilang sensasi deria sentuh.  Pesakit kencing manis disyorkan berunding dengan doktor sebelum memulakan rawatan spa panas.

Francis Lim berusia 72 tahun Diabetes dan Arthritis


Respon

  1. kalau berendam dengan air panas boleh mengurangkan kencing manis, oleh itu adakah dengan melakukan mandi wap boleh juga di lakukan.

  2. diabetes boleh dirawat dengan hidroterapi (berendam dalam air panas) tetapi tidak sauna wap. satu lagi yang sesuai untuk rawatan diabetes ialah sauna far infra red (FIR).

    Mesin SPA SG-2000 mempunyai tiga dalam satu iaitu
    1) far infra red
    2) ozone dan negatif ion
    3) ultrasonik waves
    Kombinasi tiga ini dan minyak esensial Moya memberikan suasana segar seperti udara segar dalam rimba atau tepi laut.
    untuk keteranga lebih lanjut sila klik di sini

    Pemanasan dalaman meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan bakteria dan virus.

  3. daibetis dan darah tinggi boleh dikurangkan dengan mandi wap herba traditional melayu.madi wap yang mengandungi herba-herba terpilih dan rempah ratus mampu meningkat daya imuniti badan dan seterusnya menjadikan sistem tubuh lebih kuat.ianya juga dapat mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan dan melancarkan perjalanan darah.
    walau bagaimanapun suhu dalam bilik wap harus dikawal antara 40c – 46c.agar sel dalaman tubuh tidak masak atau terbakar.mandi wap yang baik ialah diantara 10-15 minit per mandian ianya harus dilakukan sekurang kurang 3 sesi dengan meminum air yang secukupnya.kulut akan licin dan ringan rasa tubuh badan.

  4. saya mengidap kncing manis bolehkah saya sauna dalam misin sauna yang jenis emfared
    gula saya tinggi kadang2 12 hingga 16 saya cucuk insulin.

  5. Boleh guna sauna far-infra-red. Pada mulanya gunakan tidak lebih 15 minit. Setiap kali selepas sauna, minum air berion alami (seperti trace minerals drops) 600ml atau lebih. Peluh dari ’senaman’ sauna ini dapat membantu pesakit kencing manis insyaAllah.


Leave a response

Your response:

kategori