Manfaat bersenam sambil duduk dalam tab mandian. Kaedah rawatan yang tiada kesan sampingan yang memberikan santaian, senaman mudah dan menguruskan badan.
Flusy Tubuh (Body Flush) ini melibatkan perpeluhan di dalam tab hidroterapi, diikuti oleh hidrat semula dengan minum air alkali berion yang melawan kesan negatif dalam hidup moden ini. Air alkaline berion boleh diperolehi dengan menitiskan Trace Minerals Drops TM-1 ke dalam air tapisan heksagon.
Flusy Tubuh berasakan fahaman bahawa tubuh kita terlebih asid menyebabkan berbagai penyakit, oleh itu konsepnya ialah menyah toksid berasid dan kemudian meng-alkalin-kan tubuh. Para saintis telah mendapati bahawa orang yang berpnyakit kencing manis, obes, dan juga arthritis memiliki tubuh berasid. Oleh itu proses Flusy Tubuh mengurangkan asid dalam tubuh.
Flusy tubuh ini boleh diperolehi dengan menggunakan hidroterapi menggunakan mesin SG-2000 yang menjana buih ozon dan ultrasonik, dan menggabungkannya dengan lembayung infra merah jauh (far infrared light) – yang merawat tubuh.
Manfaat berbilang dari spa selama 15 minit ini termasuk menyah toksid dari tubuh, 300 kalori terbakar (sama dengan berlari 3 km) , kecantikan kulit dan manfaat urutan profesional satu jam.
Minum air alkali berion selepas spa menggantikan air yang telah keluar melalui peluh semasa sesi hidroterapi. Flusy ini sangat penting seperti menukar minyak enjin kereta atau menukar air tanki ikan – ia membantu memulih tubuh dan menjaganya agar sentiasa sihat dan umur panjang.







