Osteoporosis ialah masalah utama yang banyak mengakibatkan ramai wanita retak tulang pinggang. Psteoporosis ditakrifkan sebagai “disorder tulang bersifat pergantungan pada kekuatan tulang dan menaikkan risiko retak”. Osteoporosis didiagnos berdasarkan kepad sejarah retakan tulang atau ketumpatan tulang rendah.
Cara menghalang ostoeporosis ialah dengan makan sayuran. Sayur membantu mengawet tulang, dan membantu melawan penyakit mengurangkan-tulang ostoeporosis. Juzing (juicing) merupakan satu kaedah yang bagus menggunkan sayur segar sebagai sebahagian besar diet anda.
Kajian universiti yang telah dibentangkan dalam jurnal,Nature 1999 Sep 23;401(6751):343-4 “Effect of vegetables on bone metabolism”, menunjukkan bahawa sayuran dan herba boleh meningkatkan metabolisma tulang. Para penyelidik mendapatai bahawa tikus yang makan sayuran dan herba, seperti bawang, parsley dan salad hijau, kurang kehilangan tulang jika dibandingkan dengan tikus yang tidak makan diet kaya sayur.
Seperkara menarik, tepung susu dan kacang soya – makanan yang diwar-warkan sebagai makanan sihat membantu menghalang osteoporosis – tidak ada kesan langsung pada kadar resorpsi tulang tikus.
Satu lagi kajian – American Journal of Clinical Nutrition, Vol. 71, No. 1, 142-151, January 2000. “Dietary influences on bone mass and bone metabolism: further evidence of a positive link between fruit and vegetable consumption and bone health?” – juga menunjukkan hubungan antara buahan dan sayuran dengan peningkatan ketumpatan tulang manakala tiada kesan daripada produk tenusu.
Sudah lama para penyelidik menunujukkan bahawa mineral dalam tulang merupakan penghadang buffer terhadap makanan asidik yang kita makan. Setelah sekian lama menghadang bebanan asidik dari makanan yang banyak beras dan tepung, perlahan-lahan kita mengalami kehilangan mineral dalam tulang dan kehilangan tulang.
Terapi sesuai bagi ostoeporosis ialah menghalang dari awal. Berbaloi demi kesihatan mengurangkan kadar atrisi tulang dengan diet ber “alkali” iaitu diet sayuran, buahan dan protein.
2 nutrien yang diperlukan dan berkesan untuk kesan bufer ialah magnesium dan potassium, yang boleh diperolehi dari makanan penuh tak diproses termasuk buahan dan sayuran. Kajian imbangan metabolik menunjukkan potasium membantu buah pinggang menyimpan kalsium, manakala potasium rendah mengakibatkan kehilangan kalsium dalam urin.
Satu cara untuk meneutralkan paras asid badan tinggi ialah dengan juzin sayuran. Juz sayur tinggi vitamin K (Philloquinone) yang menimen kalsium ke dalam matriks tulang.
Kehilangan tulang cengkerang luar tulang makin menipis dan bahagian dalam semakin porus. Tulang baisa (A) kuat dan bolehlentur. Pesakit osteoporosis tulang mereka lebih lemah dan mudah retak.
Video menunjukkan bagaimana pentingnya kalsium untuk menyelenggara (maintain) tulang yang sihat.




Osteoporosis itu biasanya sekitar pada umur berapa yah??? Apakah pencegahanya bisa dilakukan dengan diet?? makasih bangetzz infonya
By: sweety_ra on Oktober 16, 2008
at 10:58 am