Tahun ini 1hb ramadhan jatuh pada 1hb Sept, senanglah kita nak kira bilangan hari yang telah kita berpuasa. Seprti lazim telah banyak kita ketahui bahawa berpuasa memberi banyak manfaat kesihatan kepada orang yang mengamalkannya (sila lihat di bawah).
Diantara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:
1. Puasa memberi Kesegaran kepada fisikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksin dalam darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memanjangkan umur anda
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keimbangan dalam darah.
8. Bilamana darah kita terlampau asam / asid, bila berpuasa semua asid akan detox dan darah akan kembali alkali. (sel kanser tidak boleh hidup dalam keadaan alkali)
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi
10. Puasa boleh menurunkan berat badan
11. Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan
12. Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata
Cara amalan bepuasa untuk mendapat kebaikan kesihatan berpuasa ialah dengan bersahur ringan tanpa karbohidrat, iaitu hanya makan sayur, buah-buah dan minum air kosong dan teh herba. Dengan itu tanpa karbohidrat tidak akan ada bekalan asid kepada sistem penghadaman dan darah seseorang. Buah-buahan hendaklah termsuk sekurang-kurangnya 7 biji buah tamar, kerana tamar kaya dengan segala zat nutrien dan antioksidan, mengatasi semua buah-buahan lain termasuk buah acai berry.








