Curcuminoid tidak larut air dan payah diserap ke dalam aliran darah tetapi apabila dah serap, ia cepat bermetabolis. Mungkin inilah sebabnya ramai tidak dapat menikmati khasiat curcuminoid apabila mereka makan suplemen yang mengandungi kunyit sahaja.
Kajian telah menunjukkan sedikit piperine , ekstrak lada hitam, dicampurkan dengan ekstrak kunyit ke dalam kapsul, penyerapan crcuminoid ke alirandarah melonjak dengan ketara (2000%). Selain meningkatkan penyerapan curcuminoid ke dalam aliran darah, piperine juga membantu enzim memecahkan curcuminoid, yang membuat curcuminoid berada dalam badan lebih lama dan lebih kuantiti untuk kesan maksimum.
Kajian terkini telah membuktikan bahawa kunyit mampu menghalang banyak penyakit. Banyak badan penyelidikan menunjukkan curcuminoid, bahan aktif dalam kunyit menghalang penyakit seperti kanser usus ke penyakit Alzheimer ke arthritis dan maslah kulit. Curcuminoid mempunyai sifat antioksiden, anti-radangan dan merendahkan kolesterol. Para saintis juga juga telah dapati curcuminoid menggalakkan metabolisma gula darah sihat dan harapan baik bagi pesakit diabetes.








