Selain meningkatkan fungsi tiroid dan meningkatkan metabolisma badan, asid laurik dalam minyak kelapa telah terbukti bersifat anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat, oleh itu ia meningkatkan sistem imun dan mengawal kesihatan badan. Asid laurik membantu badan melawan infeksi bakteria, termasuk strep, jangkitan virus, termasuk HIV dan herpes, parasit seperti giardia dan infeksi kulat candida.
Dalam kajian 1999-2000 oleh Dr Conrado S, Dayrit,M.D., mengenai pesakit HIV, beliau merumuskan bahawa minyak kelapa mempunyai kesan anti-virus dan ia “boleh memanfaatkan pesakit HIV dengan mengurangkan beban virus”.
Dengan menggunakan minyak kelapa dalam diet harian dapat membantu menyahkan virus dan mencegah penyakit.
Ada jenama minyak kelapa yang menyatakan ia tinggi asid laurik, tetapi hakikatnya, semua minyak kelapa dara mempunyai lebih kurang 50 peratus lemaknya adalah dari asid laurik, dan paras kepekatannya beruabah sedikit dari baj ke baj yang berlainan. Oleh minyak kelapa yang terbaik ialah minyak kelapa DARA, organik dan tulin.
Pengalaman kendiri para bloggers
Ada beberapa kes yang dapat dibaca dari bloggers bermacam lapisan, minyak kelapa dara (VCO – virgin coconut oil) sangat berkesan bagi penyakit kulit dan asthma kulit. Bagaimana …?… mungkin boleh digunakan sebagai mencegah denggi ? Kalau ada sesiapa yang pernah menggunakannya harap dapat berikan feedback.







