Hasil satu kajian tentang pengambilan lebihan suplemen vitamin C akan mengakibatkan ostoearthritis, sejenis arthritis degeneratif yang berlaku semasa penuaan.
Dalam kajian lain pula menunjukkan makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti betik dan jambu batu, memberi pelindungan kepada manusia terhadap radangan polyarthritis, sejenis rheumotoid arthritis yang melibatkan dua atau lebih sendi.
Hasil kajian yang dibentangkan dalam Annals of the Rheumatic Diseases telah diambil dari kajian terhadap 20,000 orang yang berfokus kepada dua kumpulan iaiatu yang mendapat polyarthritis beradangan dengan mereka yang bebas arthritis . Hasil kajian mendapati bahawa mereka yang paling kurang makan makanan yang kaya dengan vitamin C berisiko tiga kali ganda lebih kemungkinan akan mendapat arthritis dibandingkan dengan mereka yang paling banyak makan makanan kaya dengan vitamin C .








