Posted by: penawaralami | Disember 13, 2008

Brokoli

broccoli

Zat penting dalam brokoli seerti vitamin C, vitamin A (beta-carotene), asid folik, kalsium dan fiber.  Kalsium dari sayuran seperti brokoli amat sesuai dan mudah di serpa oleh badan manusia.  Kalsium bukan saja membina tulang kuat, malahan dari kajina telah  ditunjukkan bahawa mineral ini memainkan peranan penting mengawal tekanan darah, dan juga mencegah kanser kolon.

Beta-carotene dan Vitamin C adalah antioksiden penting bagi mengurangkan berbagai risiko kesihatan seperti katarakm penyakit jantung dan beberpa kanser.

Brokoli juga kaya fiber, separuh ialah larut air manakala separuh lagi tidak larut air, memenuhi keperluan badan yang bergantung kepada kedua-dua jenis fiber tersebut.

Brokoli memberikan kita bahan pencegahan yang menjaga kita dari beberapa penyakit.  Brokoli tergulung dalam sepsis kobis atau sayuran krusiferous.

Banyak  organisasi kesihatan telah menyatakan sayuran krusiferous adalah sayuran mesti-makan, mengesyorkan kita makan beberapa kali dalam seminggu.  Ini adalah kerana kajian saintifik telah dijalankan yang menunjukkan sayuran krusiferous mengurangkna risiko kanser. Brokoli mempunyai dua bahan alami phytokimia penting iaitu indoles dan isothiocyanates yang menyah agen karsinogen penyebab kanser.

Klik untuk resepi salad brokoli


Leave a response

Your response:

kategori