Posted by: penawaralami | Februari 23, 2009

Kelp

Kelp, sejenis rumpair,  kaya dengan iodine yang sangat kurang dalam tanah yang mana tanaman tumbuh.  Selain nilai nutrisi, apabila di makan, rumpair  ini meresap kumbahan dari cecair badan, mengikat racun, dan membawanya keluar.  Suatu faktor , dinamakan sodium alignate, dalam kelp mengikat strontium-90 radioaktif daripada usus dan menyah keluarkan dari tubuh.

Kelp digunakan untuk rawatan hyperthyroidism dan kesihatan  tiroid – kajian dari negara Jepun telah menunjukkan kandungan tinggi iodine dalam kelp membantu kesihatan fungsi tiroid dan oleh itu bekesan bagi rawatan hyperthyroidism.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa kelp mengandungi antioksiden yang baik, diuretik dan tonik endocrine.  Kajian kultur berkaitan pengambilan makanan telah menunjukkan pengurangan kemungkinan kanser payu dara, sakit jantung, rheumatism, arthritis dan penyakit infeksi.

Kelp juga memberi sokongan nutrisi pada sistem saraf (nervous system) dan jantung dalam bentuk iodine, vitamin , mineral dan garam sel.

Kelp boleh diambil secara suplemen atau teh.  Cara membuat teh ialah memasukkan kelp kering ke dalam air mendidih selama 10 minit.  Minum tiga kali sehari. Serbuk kelp juga boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti sup dan salad.


Respon

  1. salam…
    di mana boleh mendaptkan tablet & serbuk kelp???
    brape ringgit???

  2. tablet Alfa-Kelp boleh dibeli di
    http://runcitonline.com/revellglobal

    serbuk kelp boleh dibeli di mana health store atau bahagian “organic” food di hypermarket.


Leave a response

Your response:

kategori