Posted by: penawaralami | Mac 30, 2009

Alternatif Boikot Nestle : Nescafe dan Milo

Nestle adalah pengeluar barangan makanan terkenal di Malaysia. Apabila senarai boikot keluar dan jenama Nestle tersenarai, agak sukar mencari alternatif.

Setelah mencari di supermarket/ hypermarket dan juga pameran dagangan Islam di MVEP yang paling dekat dengan nescafe ialah produk “Anggerik” keluaran FAMA.

Pengalaman saya semasa mencari kopi campuran di kedai dan internet,
1. barangan keluaran syarikat muslim sukar didapati di supermarket/hypermarket termasuk Mydin dan Terus Maju
2. produk kopi keluaran syarikat muslim kebanyakan ada campuran “tongkat ali” atau “kacip fatimah”
3. produk kopi keluaran syarikat muslim kebanyakannya jauh lebih mahal

Akhirnya produk yang saya beli untuk stok minuman di rumah saya ialah kopi Anggerik , HangTuah, dan Ruzelle, dan coklat drink Radix.

Kalau tidak orang Muslim yang bantu memajukan perniagaan orang Muslim, siapa lagi yang membantu mereka ?


Leave a response

Your response:

kategori