Pernahkah anda mengalami cirit birit dan lemah badan setelah menjamu selera hidangan makanan laut ? Dan yang anihnya ada diantara ahli keluarga yang sama makan dari hidangan bufet yang sama, tetapi sihat saja tidak langsung ada kesan keracunan makanan.
Perkara ini telah berlaku pada keluarga kami dua tahun yang lepas. Pagi selepas jamuan tersebut hampir separuh dari ahli rombongan percutian kami telah tidak menyertai outing kerana mengalami cirit birit, pening kepala dan sebagainya. Ada yang telah mula mutah-muntah seawal pukul 3 pagi dan ada yang mula rasa sakit selepas subuh, dan saya pula mula merasainya pada 10pagi. Suami dan anak lelaki kedua tidak ikut serta dalam rombongan bersiar pada hari kedua itu. Anak saya yang lain semuanya sihat je , tak ada kesan langsung. Apabila kami cuba membahaskan mengapa ada yang sakit walhal yang sihat tu juga makan semua makanan yang kami makan.
Mungkin perkara berikut adalah penyebabnya :
Udang dan makanan laut lain yang berkulit keras mengandungi anhydride (kompaun arsenic potasium 5 – yang tidak toksid). Apabila anhydride-5 bercampur dengan vitamin C akan berlaku tindakabals kimia dan anhydrid-5 bertukar menajadi anhydrid-3 yang mempunyai sifat racun.
Pada malam tersebut saya telah minum air fresh orange bersama makanan laut !








memang benar.. setakat ini dah berlaku 2 kali yg sy jumpa.. rakan sekerja saya yang makan seafood dan minum air orange dlm tin.. pastu terus keracunan. terima kasih penawar alami atas maklumat yg dikongsi bersama. sama2 kita jadikan pengajaran
By: muna on Jun 4, 2009
at 1:28 pm