Pada awal bulan Julai saya telah diserang kurap ringworm, sejenis kulat yang merebak cepat dan sangat gatal.
Saya telah menyapu dengan VCO (3×3 hari) dan ia tidak merebak, tetapi tidak mahu hilang.
Saya kemudian pergi ke klinik dan diberi ubat sapu dan ubat makan. Setelah 3 hari saya sapu ubat ni tetapi ringworm ni merebak pantas ke bahagian tubuh lain.
Hari ketujuh saya guna jus kunyit dua kali sehari dan sapu di kawasan yang berkenaan. Alhamdulillah dalam masa tiga hari kulit menjadi cantik. Malangnya saya tidak teruskan kerana terpaksa keluar out-station selama satu minggu. Pada hari ketiga out-station saya dapati ringworm tu naik semula. Saya sapu jus kunyit tetapi kali ini kurang berkesan. Ringworm tu tidak merebak pantas tapi tetap timbul dan tidak mahu hilang.
Balik dari kerja luar saya cuba pula sabun tea tree oil, dan minyak VCO + habatus sauda. Alhamdulillah kali ni nampak ada kesan positif. Ringworm tidak kelihatan lagi selepas tujuh hari mandi guna sabun tea tree oil dan sapu seluruh badan berkenaan dengan VCO + habatus sauda.
Sekali lagi saya ke out-station selama 12 hari. Kali ni saya membawa bekal VCO. saya telah kehabisan produk VCO+habatus sauda dan tidak sempat membeli botol yang baru.
Selepas tiga hari di out-station sekali lagi ringworm naik semula. saya sapu VCO tetapi ringworm tetap timbul hanya tidak merebak. Alhamdulillah bandar saya berada tu ada gerai yang menjual minyak habatus sauda. Kemudian saya sapukan minyak Habatus sauda pada kawasan yang ada ringworm timbul. Alhamdullah setelah dua kali sapu, ringworm tidak timbul lagi. Kemudian saya campurkan Habatus sauda ke dalam botol VCO yang saya bawa bekal dan menyapu seluruh badan saya dua kali sehari. Selepas satu minggu kulit sudah licin dan terasa gatal sedikit.
Rupa-rupanya kulat ringworm ni tak mati terus. Saya terpaksa terus menyapu minyak VCO+HS sekurang-kurangnya selama empat bulan untuk menghapuskan kulat ringworm ni.








