Makanan

90% dari penyakit adalah berpunca dari makanan.

Pemakanan yang sihat memberi kita kesihatan, manakala makanan kurang sihat akan menyebabkan berbagai penyakit.

Pemakanan Sihat:

Makanan daripada alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, ikan dan binatang ternakan yang yang makan dari tumbuhan semula jadi di persekiran mereka.

Pemakanan tidak Sihat:

Makanan yang telah diproses seperti beras putih, gula putih, makanan GMO, makanan ringan, fast-food dan sebagainya.

Respon

  1. saya megalami tekanan darah tinggi dan telah mengambil ubat darah tinggi yg agak lama juga,saya nak tahu apakah ada kesan sampingan dari ubat2 yg saya ambil itu dan cara2 utk mencegahnya.dan saya juga mengalami kandungan kolestrol yg tinggi,bagaimanakah cara utk saya utk mengatasinya

  2. Beberapa kesan ubat tekanan darah tinggi , antaranya:-
    Diuretics – fungsinya menurunkan kandungan garam (sodium – natrium) dalam darah. Kesan sampingan termasuk mengurangkan bekalan mineral potassium, gejala seperti rasa lemah, letih dan kejang kaki, dan kesan lama ialah gout. Bagi mereka yang ada kencing manis, uabat diuretic munkin menaikkan paras gula darah
    Untuk mengatasi masalah potassium, anda perlu ambil suplemen potassium atau makan makanan yang kaya potassium.
    Penawar alami yang anda boleh ambil ialah trace mineral drops TM-1 30 titis sehari dan gunakan garam Celtic sea salt atau Himalaya Mountain salt menggantikan garam putih untuk kegunaan harian.

    Beta-blocker : – kesan sampingan susah tidur, tangan dan kaki sejuk, keletihan dan depresi, denyutan jantung perlahan dan asthma. Impotence juga boleh berlaku

    ACE inhibitors :- kesan sampingan radangan kulit, rasa mual, batuk berterusan. dan ada juga kes kerosakan buah pinggang.

    Alpha blockers :- kesan sampingan denyutan jantung lebih deras, pening kepala atau penurunan tekanan darah apabila anda berdiri.

    Cara mengatasinya ialah dengan menukar cara pemakanan iaitu mempraktikkan Lima Asas : air hexagon, trace minerals, minyak MCFA dan omega 3, Transfer factor dan Antioksiden. Ubat jangan dihentikan serta merta, tetapi hendaklah dikurangkan secara berperingkat sehingglah anda rasa tidak memerlukan ubat dadah berkenaan.
    Ramai telah berjaya, anda juga boleh InsyaAllah.

  3. saya mngalami kencing manis. sy cuba kurang kan nasi putih, tp tubuh sy akan mnjadi lemah dan terasa lapar yang amat sangat walaupun telah mngambil makanan lain. apa yang perlu dilakukan?

  4. gantikan dengan nasi perang, ia full-grain maka sedikit saja dah kenyang, dan juga ia mengambil masa yang lebih panjang untuk diproses menjadi gula mudah, tidak seperti beras putih yang cepat memberi kesan gula dalam darah.

    Satu lagi perkara yang mesti dilakukan ialah bersenam berjalan laju (brisk walking) 30 minit setiap hari agar mengeluarkan peluh dan dapatkan jemuran di sinaran matahari sekurang-kurangnya 10 minit setiap dua hari.

  5. saya mempunyai masalah hypertensi akibat tekanan. Tekanan darah saya pada tahun 2006 adalah 145 dan sekarang 150.saya pernah berjumpa doktor untuk bertanya tentang pengambilan ubat tetapi saya diberitahu bahawa jika saya mula mengambil ubat saya mesti mengambilnya secara berterusan seumur hidup. benarkah begitu

  6. “ubat” farmaseutikal hanya berperanan “suppression” gejala, ia tidak menyembuh. Ubat farmaseutikal adalah bersifat dadah, bahan kimia yang biasanya akan ada kedan sampingan, terutamanya merosakkan buah pinggang (kidney – in the long run).

    Oleh itu, jika dimulakan mengambil “ubat” maka anda akan bergantung kepadanya untuk mengawal gejala hipertensi.

    Cara mengatasi hipertensi secara alami ialah dengan cara hidup sihat termasuk pemakanan dan senaman.

  7. salam, terima kasih kerana sudi menulis mengenai kesihatan.. ianya sedikit sebanyak infomasi kepada saya..

    saya mempunyai seorang kenalan yg menghadapi kenser hati.. bagaimana saya dapat membantunya, boleh tak saudara memberi sedikit tunjuk ajar dan garis panduan dari segi pemakanan yg harus diambil setiap hari, rutin harian, dan apa² sahaja yg boleh dilakukan..

    terima kasih..

  8. 1. minum dan masak guna air heksogon living water, elakkan air paip yang ada klorin kerana kajian telah menunjukkan ia mendatangkan banayak masalah kesihatan termasuk kanser

    2. guna minyak masak kelapa sawit atau minayk kelapa sahaja, elakkan minyak polyunsaturated kerana ia tidak stabil apabila dipanaskan. elakkan minyak canola, soya, jagun, safflower, dan lain-lain polyunsaturated oil)

    3. makan transfer factor

    4. makan antioksiden seperti riovida, dan beberap jenis green tea. buah-buahan yang berwarna ungu dan kemerahan juga kaya dengan antioksiden.

    5. elakkan makanan terproses seperti beras putih, gula putih, garam putih dan sebagainya. makanlah beras perang, gula perang , garam gunung atau garam laut.

    6. banyakkan makan sayuran dan buahan dan kurangkan protein dan karbohidrat, lemak.

    Akhir kata sebaik-baiknya cuba kaedah Breuss, iaitu berpuasa protein dan karbohidrat selama 6 minggu, dengan mengambil diet sayuran dan buahan. Sila cari dalam internet “Breuss cancer treatment” untuk bacaan lanjut yng lengkap.

  9. Kebelakangan ini saya sering menghadapi masalah “water retention” di mana kedua belah kaki saya akan membengkak. Malah ada masa seluruh badan saya akan membengkak. Saya fikirkan kemungkinan ada masalah dengan buah pinggang, tetapi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, buah pinggang dan hempedu saya didapati normal. Cuma kandungan asid saya tinggi.

    Saya juga dpt melihat yang berat badan saya sukar nak turun, malah berat badan saya bertambah selepas saya bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

    Apa agaknya kemungkinan penyakit saya ini. Dan apa yang harus saya lakukan untuk kembali sihat dan kurus seperti sebelum ini.

  10. Maklumat yang saudari berikan tidak lengkap. Sebab water retention ini ada beberapa, PMS, menopause dan HRT, overintake of sodium salt, dan kesan sampingan ubat dadah.

    Pemakanan sihat juga ada banyak misinformation, seperti soya baik untuk kesihatan , tetapi sebenarnya ia memudaratkan pada jangka panjang; canola oil sekarang diwar-warkan sebagai minyak terbaik, walhal ia sangat tak stabil dan ia berasal dari rapeseed, yang mana tidak ada binatang yang hendak memakannya.

    Saudari boleh cuba ambil supplemen minyak kelapa dara, trace mineral drops, dan alfa-kelp yang kaya dengan kalsium dan magnesium , dapat membantu, InsyaAllah. Minum air tapisan bertenaga seperti air hexagon dan seumpamanya, 6-8 gelas sehari. Juga minum teh herba dan banyakkan makan buahan dan sayuran mentah.

  11. saya mengalami masalah utama .
    pembunuh nombor satu wanita
    di mana kanser yang dialami oleh saya(breast kanser)membuatkan saya jadi risau yg teramat sgt..
    blhkah buah anggur menyembuhkan penyakit ini………..
    bantula kami

  12. biji dan kulit buah anggur mempunyai nilai OPC yang tinggi iaitu antioxidant untuk melawan radikal bebas dan meningkatkan kesihatan.

    Ada banyak penawar alami untuk kanser payu dara dan kanser jenis lain juga, dan yang paling mujarab ialah transfer faktor plus
    Sila klik di sini untuk ke lamannya

    Cara pengambilannya ialah pada bulan pertama diambil 9 biji sehari , kemudian bulan kedua boleh dikurangkan ke tiga biji sehari. Harap ini dapat membantu.

  13. Saya mempunyai ibu yang mengalami stroke seluruh sebelah kiri tubuh badannya.Sejak mengalami penyakit tersebut,ibu hilang selera untuk makan berbanding waktu sebelumnya.Apa yang merisaukan saya ialah penurunan berat badannya yang mendadak.Apakah makanan yang sesuai untuknya bagi memastikan beliau bertenaga?

  14. 1. Makanan yang kaya dengan antioksiden bagi memulihkan tenaga dari buahan dan sayuran.
    2. Trace minerals sangat penting untuk memulihkan aliran darah, produk terbaik ialah TM-1 concentrace.
    3. Pesakit stroke perlu diberikan senaman fisioterapi. Selain itu boleh juga berikan beliau mandian spa SG2000, kerana mandian 3-dalam-1 ini menggabungkan hidroterapi dengan tiga terapi yang berkesan iaitu aromaterapi , felexology dan full body massage, dan terapi infra-red .

  15. Apakah kesan pemakanan tidak seimbang?

  16. Bapa saya mengalami pnykt batu karang dan kncing manis,apakah cara untuk mngatasi dan cara pmakanan yang harus d amalkn supaya dia sht spt biasa?

  17. Ibu saya mengalami sakit di perut. setelah cuba mendapatkan rawatan di klinik swasta dia telah disahkan mempunyai batu dalam hempedu. Selain operation ada kan kaedah atau cara rawatan lain yang dapat membantu. Sekurang-kurangnya menambah tenaga atau selera makan ibu yang semakin hari semakin merosot. Rasa mual dan nak muntah hampir setiap hari.

  18. Herba dukung anak telah terbukti secara saintifik dan klinikal boleh membantu memecahkan batu karang hempedu dan ginjal.

    Saya telah membuat posting mengendainya dalam artikel “Pemecah Batu Karang”. Cubalah mengamalkannya.

  19. saya cuma nak tahu tanda tanda awal seseorang terkena penyakit darah tinggi. apakah langkah awal untuk mengatasinya.

  20. Tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala
    - Walaupun tekanan darah tinggi tidak menyebabkan sebarang gejala, gejalanya biasanya kurang kelihatan dan tidak menentukan sebarang masalah
    - tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap” (silent killer)
    - mereka yang mengalamai tekanan darah tinggi biasanya tidak menyedarainya sehinggalah tekanan darah mereka diperiksa.

    Kadangkala pesakit tekanan darah tinggi mengalami gejala berikut
    - pening kepala
    - sakit kepala
    - rabun
    - rasa mual

    Langkah awal untuk mengatasinya ialah melalu pemakanan tanpa diproses. Makanan diproses ialah seperti beras putih, gula putih, tepung putih, dan bermcam lagi fast food dan jarjan. Amalkan pemakanan seperti beras perang, gula perang atau madu, roti wholemeal dan sebagainya manakala tambahkan sayuran dan buahan. Kadar terbaik makan seimbang ialah 1 bahagaian karbohidrat, satu bahagian protein dan dua bahagian sayuran. Perbangyakkan makan ulam.

  21. saya berusia 31 tahun. saya sering mengalami kebas-kebas/semut2 di sebelah bahagian kiri badan (kaki dan tangan). akhir-akhir ini rasa kebas tersebut telah menular ke bahagian muka sebelah kiri juga. selain itu juga saya kerap sakit kepala sebelah kanan dan sering letih. sehubungan itu, saya telah pergi membuat pemeriksaan. bacaan tekanan darah saya 160/100 dan pihak hospital juga telah mengambil sampel darah dan air kencing untuk ujian kolestrol dll (belum ada keputusan). pihak hospital memaklumkan berkemungkinan saya mengalami minor strok berdasarkan simpton yang dialami. adakah peringkat umur saya boleh mendapat penyakit tersebut? bagaimanakah cara mengubati atau mengawal? mohon nasihat tuan bagaimana untuk mengawal penyakit tersebut. Terima kasih.

  22. Simptom saudara menunjukkan mungkin minor stroke.
    Kebas-kebas adalah kerana darah tidak beralir lancar ke bahagian berkenaan.
    Sakit kepala mungkin kerana aliran darah tidak kesampain ke kawasan tersebut.
    Nampaknya masalah saudara ialah pengaliran darah yang berpunca daripada bermacam sebab seperti makanan, tekanan stress, overworking hours dan sebagainya.

    Makan ubat farmaseutikal (ubat dadah – drugs) banyak kesan sampingan. Dadah juga tidak alami (natural) oleh itu pengumpulannya dalam badan kita adalah tidak baik untuk kesihatan.
    Allah telah menyediakan kepada kita bermacam sumber makanan di sekitar alam, hampir semua adalah penawar alami baik untuk kesihatan. Makanan terproses sudah hilang sifat penawar alaminya.

    Untuk mengatasi masalah kesihatan saudara ini , pemakanan sangat penting iaitu
    1. air tertapis heksagon
    2. trace minerals drops
    3. minyak kelapa dara
    4. minyak ikan tinggi omega-3
    5. buahan dan sayuran tinggi antioksiden. (buah berwarna merahan dan unggu seperti pink guava, delima, roselle, anggur merah dan sebagainya)

    Apabila masak gunakan bahan seperti berikut:-
    1. minyak kelapa dan kelapa sawit (elakkan minyak canola, soya dan jagung)
    2. beras perang dan gula perang kerana nasi putih dan gula putih yang telah diproses banyak bahayanya . Juga elakkan pemanis tiruan seperti aspartame , sejenis kimia yang banyak kesan sampingan termasuk simptom stroke dan kencing manis.
    3. berhenti makan marjerin kerana marjerin ini ialah “grease” yang diwarnakan kuning untuk menyerupai butter. ANda boleh buat ujian sendiri letakkan semangkuk marjerin dan semangkuk butter di kawasan terdedah , akan diperhatikan marjerin tidak akan membusuk walau beberapa hari dan lalat juga tidak hinggap padanya.

    Selain itu anda digalakkan bersenam ringan iaiatu berjalan selama 20 minit sehari, atau ambil mandian terapi SPA SG2000.

  23. Salam,

    Suami saya mempunyai gout, berumur 27 thn. ditahap baru permulaan. saya risau & selalu buntu memikirkan menu yg sesuai supaya dapat mengawal pengambilan makanan selain dari bantuan ubat-ubatan. sekarang suami menggunakan ubat Ardasia hpa utk mengawal gout dr berulang. Saya perlukan batuan supaya suami boleh makan makanan yg sihat. Terima kasih.

  24. Makanan yang baik ialah :-
    minyak kelapa dara, yogurt, minum banyak air tapisan , jus buah-buahan dan sayuran, buahan kaya vitamin C seperti jambu batu (guava), lemon, black cherry , alfalfa dan bawang putih.

    banyakkan pergerakan / senaman ringan

    mandian epsom salt, halia atau SG2000 home spa

    Makanan yang perlu dielakkan :-
    makanan laut dan daging merah termasuk organ dalaman seperti paru-paru, hati dan lain-lain
    gula dan karbohidrat perlu dikurangkan,
    kurangkan berat badan

  25. Salam,

    saye suka makan banyak tapi bila saye makan
    berat badan saye semakin menurun kadang-
    kadang naik 25kg je,saye takut saye dapat
    penyakit yang agak teruk…….

  26. anda perlu buat pemeriksaan dokor untuk menentukan penyakit anda.
    pada masa yang sama cuba makan 3 sudu sehari minyak kelapa dara.

  27. saya berumur 37 thn,baru2 ni saya mendapat darah tinggi..170/100,skrg makan ubat Anotonal 100mg satu hari..tengkok sya masih sakit,perlukah sya berjpa doc…temu janji sya selepas raya…adakah ubat ini memberi kesan sampingan..?ada harapankah utuk sya semuh? Tq

  28. Kita dapat penyakit adalah kerana pemakanan yang sama ada kurang nutrisi atau makanan yang tidak sesuai.

    Kurang nutrisi boleh diatasi dengan memastikan anda makan makanan yang berzat . Tetapi pertama sekali pastikan cukup minerals kerana tanpa mineral berbagi penyakit akan timbul dan juga tanpa mineral zat seperti vitamin dan sebagainya tidak dapat diserap oleh badan kita dengan berkesan. Disyorkan ambil trace mineral drops sebagai supplemen.

    Makanan tak sesuai untuk badan kita ialah seperti fast food, terlalu banyak karbohidrat terproses dan sebaginya. Juga minyak seperti canola, soya dan jagung adalah antara minyak yang akan menyebabkan darah tinggi.

  29. salam…
    saya ada hypertiroid…
    ada penawar lain x selain ubat yg dr bg…??
    saya x tahan panas, bile panas mula la bdn saya gatal2..
    ada pantang larang makan x???

  30. boleh cuba minyak kelapa dara dan kelp untuk mengatasi masalah tiroid..

    untuk badan boleh cuba sapu minyak kelapa dara + habatus sauda.

    elakkan makanan produk soya kerana ia merosakkan fungsi kelenjar tiroid.

  31. ada ubat dan petua darah tinggi…..bleh sembuh ke..?

  32. lima asas yang pentng
    1. minum dan masak guna air tapisan heksagon
    2. ambil trace minerals drops 30 titis sehari
    3. ambil omega3 sumber ikan
    4. ambil antioksiden dari sayuran dan buahan
    5. ambil transfer faktor atau ambil vco dan kelp dan ambil habatus sauda + bawang putih

    Dimana nak membeli semua ni
    1. cosway atau ecosway
    2. TM1 dari runcitonline.com/revellglobal
    3. minyak ikan dari cosway atau farmasi
    4. dari pasar
    5. TF adv dari runcitonline.com/revellglobal ; HS & VCO dari runcitonline.com/bioasli manakala bawang putih bentuk “pearl” capsules dari farmasi seperti jenama KORDEL

    Selain itu perlu
    - tukar makan makanan tak terproses seperti beras perang, whole grain,
    - banyakkan makan sayuran mentah (cuba juicing)
    - elakkan minyak jagung, minyak soya, minyak canola
    - guna minyak kelapa dan minyak kelapa sawit untuk masak
    - elakkan produk soya kerana soya merosakkan kesihatan tiroid
    - jangan gunakan microwave oven untuk masak atau panaskan makanan, kerana ia sangat bahaya kepada kesihatan sel

    Terlalu banyak perkara dan makanan yang perlu diawasi, tak sempat nak tulis semua,
    cubalah cara alamiah seperti yang dicadangkan di atas.

    Kadar makan setiap hidangan ialah satu bahagian protein, satu bahagian karbohidrat, satu bahagian buahan dan satu bahagian sayuran.

    Selain menjaga pemakanan perlu SENAMAN untuk melancarkan pengaliran darah. Boleh juga cuba home SPA SG2000, sila layari http://myhomespa.wordpress.com, terapi aromatik dan urutan ultra sonik.

    Sekian, salam sejahtera

  33. saya berusia 47 tahun. Saya mengalami masalah pada satu2 masa saya mengalami rasa panas atau seperti disiram air sejuk menular dibahagian belakang dan pada keadaan ini kadang-kadang akan rasa berpeluh, serta rasa semut-semut dibahagian kedua2 hujung-hujung jari kaki dan tangan. Saya membuat ujian darah dan memogram keputusan yg diberikan doktor adalah normal. Persoalanya sehingga kini hampir 6 bulan saya mengalami masalah yg sama pada satu2 masa. contohnya keadaan ini akan berlaku dlm masa 3 atau 4 kali sehari terutama selepas pukul 12 tengahari. Apakah ini gejala monopaus? Ianye amat menganggu fikiran saya. Sekiranya ia gejala monopaus, apakah pemakanan/ubatan yg boleh mengurangkan gejala ini dan berapa lamakah biasanye gejala ini akan berlarutan. Utk pengetahuan tuan waktu haid saya juga tidak menentu.

  34. Banyakkan makan sayuran dan buahan mentah kerana anda ada gejala kekurangan minerals. Ambil suplemen mineral seperti trace mineral drops dan minyak kelapa dara.

    Juga disyorkan cuba rawatan homoepathy atau color vibration therapy sebagai rawatan alternatif.

  35. salam….
    ayah saya telah mengidap penyakit darah tinggi sejak 7 tahun yang lalu. beliau telah mengambil ubat darah tinggi di hospital. apa yang menjadi masalah sekarang adalah kedua-dua belah tangan beliau menjadi capik dan lemah namun tidak pula rasa kebas. beliau tidak dapat makan dengan tangan sebaliknya terpaksa menggunakan sudu. beliau juga tidak mampu untuk memegang objek- objek kecil dan tidak mampu membuat kerja-kerja halus seperti mengancing butang baju, mengerat kuku dan sebagainya namun demikian beliau mampu pula untuk memandu kereta dan menunggang motosikal. apakah rawatan,ubatan dan pemakanan yang perlu diambil oleh ayah saya. minta penjelasan…

    terima kasih…

  36. sy berumur 46 thn..sudah ada tanda2 mdpt darah tinggi..doc mberi ubt hydroclorotzide..

    sy berusaha mcari penawar alami bg darah tinggi ini..n sdg mcube beberapa saranan yg didapati di sini..

    soalan sy..boleh kah sy mengamalkan beberapa saranan itu secara serentak..
    terimakasih

  37. hydroclorotzide adalah sejenis bahan kimia yang mengandungi beberapa
    http://www.rxlist.com/hyzaar-drug.htm

    sebarang dadah kimia akan ada kesan sampingan. badan kita sihat dengan makanan , tidak dengan bahan kimia. Apa yang anda perlu ialah mendapatkan makanan yang menyeluruh, seimbang, oleh itu memang sebaiknya diamalkan beberapa makanan dan senaman yang disarankan, insyaAllah berkesan.


Leave a response

Your response: